"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" -Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi-

Thursday, February 2, 2017

UJIAN & MUJAHADAH

Alhamdulillah thummalhadulillah.. Syukur atas nikmatNya yg memberi peluang kepada diri ini untuk terus bernafas hingga detik ini. Yang hakikatnya merupakan peluang untuk memohon ampun kepadaNya dan membuat sebanyak-banyak amal demi meraih rahmat dan redhaNya.
 Setiap orang di dunia ini pasti diuji. Kerana kehidupan ini hakikatnya adalah ujian. Allah berfirman dalam Surah Al-Mulk:2 , 
 الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ 
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”
Maka setiap orang itu tidak dapat tidak perlu sentiasa mujahadah dalam menghadapi ujian-ujian kehidupan ini. Apabila ditimpa ujian kesenangan , harus bermujahadah untuk bersyukur. Begitu juga sebaliknya , jika ditimpa kesusahan , mujahadahnya adalah bersabar. 
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
" Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.  [Al-Ankabut:69]

Maka mohonlah pada Rabbmu untuk kekal teguh atas jalan mujahadah. Moga Allah kuatkan hati-hati kita semua dalam menghadapi setiap ujian. 
   يا مقلب القلوب ، ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك وعلى جهادك في سبيلك إنك نعم المولى ونعم النصير

Friday, April 5, 2013

Tadabbur Surah Al-Anfal : Ciri-ciri Orang Beriman.


Assalamualaikum..

Apa khabar semua ? Apa khabar juga dengan iman ? :) Alhamdulillah, hari ini ada kesempatan untuk update blog setelah sekian lama x update.. Hee

Pagi tadi kat sekolah baru dengar tazkirah daripada Ust Hamizi. Tajuk tazkirahnya, ciri-ciri orang yang beriman. Sebenarnya bnyk lagi ciri-ciri org yang beriman yang terdapat dalam Al-Quran tapi hari ni sy nk share ciri-ciri orang yang beriman yg dinyatakan dalam Surah Al-Anfal.


" Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatnya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal. "
Surah Al-Anfal, ayat 2







Ok, daripada ayat tersebut, terdapat tiga ciri orang yang beriman.


1) Apabila disebut nama Allah, gementarlah hatinya.

     Orang beriman ialah orang yang takutkan Allah. Adakah dikatakan beriman jika tidak takut kepada Allah ? Perhati balik diri kita, adakah kita merupakan orang yang takut kepada Allah. Sebelum kita makan, adakah kita pastikan makanan yang kita makan adalah makanan yang halal ? Sebelum kita keluar rumah, adakah kita memastikan pakaian yang kita pakai adalah pakaian yang menutup aurat ? Adakah perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut kita adalah perkataan yang baik ? Setiap perbuatan yang kita lakukan, kita perlu tanya diri kita, apa yang aku buat ini, Allah redha tak ? Orang yang beriman akan sentiasa berusaha memastikan setiap perkara yang dilakukan mendapat redha Allah dan jauh daripada kemungkaranNya. Hal ini kerana mereka sangat-sangat takut kepada Allah.


2) Apabila dibacakan ayat-ayat Allah, bertambahlah imannya.

     Orang yang beriman, apabila membaca dam mendengar ayat-ayat Allah, iaitu Al-Quran, akan bertambah kuatlah imannya. Kebanyakan kita selalu membaca Al-Quran, tetapi adakah kita menghayatinya ? Justeru, orang yang beriman itu ialah orang yang selalu membaca Al-Quran  lalu mentadabburnya, lantas bertambahlah iman mereka.


3) Bertawakkal kepada Allah.

     Orang yang beriman itu, adalah yang sentiasa bertawakkal kepada Allah. Dalam apa sahaja keadaan dirinya sentiasa bergantung kepada Allah. Kerana dia mengetahui, dirinya adalah milik Allah. Sesungguhnya, kepada Allahlah kita datang dan kepada Allahlah kita kembali.






Dalam ayat yang berikutnya Allah menyebut,

(iaitu) orang yang melaksanakan solat dan yang menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. 
                               Surah Al-Anfal, ayat 

                                       
 Seterusnya ganjaran bagi orang yang beriman itu ialah,
 disebut dalam ayat ke-4 pula,


Mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka akan memperoleh darjat (tinggi) di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia.
                                                                                                             Surah Al-Anfal, ayat 4  
                        


p/s :

  • Semoga bermanfaat post ini ^^
  • May Allah bless us ;)