"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" -Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi-

Saturday, April 30, 2011

Fenomena Korea..!!

Assalamualaikum..ana ambil artikel nie kat satu blog nie.Sape yg rajin tu bace2lah ye..Moga bemanfaat untuk antum semua..~Demi kepentingan ummah..~

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Assalamualaikum!

Dah lama sangat nak tulis something pasal ni.. Cuma selalu teragak2 sebab saya selalu rasa tak layak untuk menulis.. Dosa sendiri pun banyak, apa lagi nak condemn others right? Tapi bila dah jadi pendidik ni (see?! banyak betul enlightened sejak jd cikgu ni.. huhu) Rasanya perlu bincang pasal ni sebab makin lama fenomena ni makin menjadi-jadi.

Its not just affecting budak-budak muda, malah sume peringkat umur, jantina, keje, pendidikan, etc... Students la paling ramai yang kena penyakit ni....Malah pelajar-pelajar skolah agama sendiri.. Malah pelajar-pelajar yang ditadah dengan proses tarbiyah Islam pun terkena 'sakit' yang sama. Ini lah yang menyedihkan.....

Fenomena yang macam mana yang saya maksudkan? Orang Islam kita jadi tergila-gila dengan artis,movie,lagu,pakaian, n even style-style artis korea pun jadi ikutan. Cute la tu konon!

Sangat mengecewakan bila melihat Muslims jadi macam lembu dicucuk hidung. Mana pegi pun dok bincang pasal artis/movie/lagu Korea ni. Agaknya tak sedar kot semua ni perancangan musuh-musuh Islam secara senyap nak meluputkan pendidikan Islam dalam jiwa umat Islam sendiri..

Muslims jadi lebih Korea dari orang Korea sendiri. Hafal sume lagu, nama-nama artis malah sangatlah keen/eager belajar bahasa Korea. Student-student Islam kita pun sama. Suh blaja agama/ akademik tak nak la plak. Banyak alasannya. Tapi kalau hulur bahasa Korea, huh! Better than Korean kooot!

Paaaaling mengecewakan lagi ialah bila Islam yang tinggi ni semakin dicampur adukkan dengan unsur-unsur jahiliyah ni. Kalau tengok dalam facebook atau yg sewaktu dengannya, pemuda pemudi kita ni bukan main lagi tulis status-status yang penuh semangat Islam. Contohnya masa isu Mavi Marmara tu. Statusnya dasyat2 -

'Masyaallah.. wira-wira Islam yang mendambakan syahid...'
'Allahualbar! Nak pegi jugak!! Teringin berjuang bersama....'
'Moga saudara kita di Gaza terus tabah...........'
'Palestin di hati kami......'

Eeeeeeh!!!! Tup tup ada plak terselit selit status pasal benda alah Korea ni....

'Korang2! Tgk lagu baru ni.. Comenyeee!!'
'Faveret aku nih!Kawaaaiiiii....'
'Sarangeeee (apekebende alahnye lagi ntah...)'
'Pakwe aku blakon weeh!'

Diselit jugak ngan klip2 video nyanyian, lakonan yang langsung tidak reflect akidah Islam kita.. Malah benda tu jadi perkara biasa plak yang boleh selesa dibawa berbincang....

Adoi aiiii... (Tepuk dahi) ~~~~~
Korang nampak tak? Nampak tak?
Kat mana prinsip kita sebagai Muslim/Mukmin sebenarnya??

Berjaya tak jahiliyah masuk secara senyap dalam jiwa-jiwa kita?
Bila dah start tergila-gilakan benda alah ni, jiwa kita mesti larut. Rasa suka nak tengok sokmo, rasa terbuai-buai dengan keromantikan, kecomelan, kejambuan depa ni.. Paling irritating bila tengok depa-depa ni buat gaya love guna tangan (sory la ye... ) Sanggup la jugak download/share/cari merata-rata cite2 ni sume. Dok pulun la tiru gaya-gaya benda alah Korea ni. And even murah hati lagi nak offer n share ngan orang lain. Padahal yang Nabi kita ajar ialah suruh sebarkan Ilmu Allah. Am I right?

Kadang tu saya rasa pelik. Mereka yang taksub ni ialah mereka yang skolah agama, maahad, universiti Islam... Dari kecik mengadap pendidik-pendidik tahap ulama' kat skolah... Ini ke yang mereka nak bawak kat dunia luar?? Siannye kat pendidik-pendidik yang mengharap untuk mewariskan ilmu-ilmu dan hasrat murni mereka.... (Harap ada yang faham.....Tak tau nak explain canee)

Saya lihat fenomena ni memang menjejaskan kematangan seorang Muslim. Saya cakap ni bukan maknanya saya baik sangat. Saya sendiri pernah terjerumus ngan benda-benda ni. Alhamdulillah tak sempat larut jauh, disedarkan oleh tanggungjawab-tanggungjawab lain yang lebih besar.

Seriously, memang saya rasa perbezaan jiwa dan kematangan masa terjebak dengan benda alah ni, dan lepas saya sedar, saya terus buang satu per satu.

InsyaAllah, bila ada kesedaran dan azam yang tinggi, kita akan BOLEH berubah. Kena rasa yang kita ada baaaanyak lagi perkara yang perlu diselesaikan. Cari ilmu pun dah satu hal. Nak amalkan ilmu2 tu pun dah satu hal. Itu je pun dah boleh selamatkan kita dan jauhkan diri kita dari benda alah ni. Kalau tak boleh jugak, ingat la yang umat kita ni sedang tenat. Selalu ingat macam tu. So mata hati akan tercelik insyaAllah. Kita akan rasa banyak lagi benda yang perlu diperbetulkan.

Masa yang kita beri untuk mengadap benda-benda alah tu akan kita rasa sangat mahal. Sampai kita akan rasa tak berbaloi langsung untuk dibazirkan pada benda alah ni......

Yang penting kita bersedia untuk sedar dan rasa.......

Saya petik dari 'Fenomena lemah iman'

Aku merasakan adanya kekerasan di dalam hatiku, aku tidak pernah mendapat keni’matan dalam beribadah, aku merasakan bahawa iman di dalam hati ini seakan-akan berada di dalam jurang, aku tidak terpengaruh (terkesan) oleh bacaan Al-Quran dan mengapa mudah sekali aku terjerumus ke dalam kederhakaan?

Jom la kita sama-sama merasakan yang kita kena ada beza dengan orang lain.. Sebab Nabi dah kata Islam akan kembali dagang...dan orang yang dagang ni lah yang beruntung... Sebab kita tak terikut-ikut sdengan arus.. InsyaAllah...


Rasulullah Sallallahu’alihiwasallam bersabda (bermaksud):
"Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang. "
(Hadith Riwayat Muslim )

Lastly, saya penah terbaca yang dajal datang dalam bentuk nyanyian/penyanyi/penghibur dimana ramai manusia yang tertipu dan termakan pujuk rayunya.... Jadi saya terfikir, kalau Allah izin inilah dajal yang dimaksudkan, minta Allah jauhkanlah dari kita semua.

Dah tak ingat terbaca kat mana, kalau ada yang tau, tolong bagi sumbernya ye..

Wallahua'lam. Moga Allah ampunkan kelemahan dan ilmu saya yang kurang ni...

Dan moga Allah terus SAYANG saya, kamu dan kita semua.......

Friday, April 29, 2011

Kata-kata yg Membunuh..

Terkadang,
dalam semangat dan himmah pemuda
yang mahu bangkit
yang mahu sedar dari tidur
mahu bersemangat menerobos kotornya jahiliyah.

Tiba-tiba,
semangat itu ditembak
dibunuh
dipalu
terjatuh bersemadi bersama dirinya yang luntur.

Wahai yang berkata-kata
walaupun yang menulis
tidakkah kau sedar
keangkuhanmu itu
dalam berkata
dalam menulis
mendabik dada
seolah-olah mengatakan dirimu lebih baik
dari orang lain
maka kau membunuh
semua semangat2 yang membara
yang menyala-nyala

semangat itu bukan untuk peribadipun
tapi untuk islam, untuk dakwah
adakah kau lebih rela
manusia mati dan terperangkap jatuh ke dalam kesesatan
daripada menggunakan semangat dan himmahnya untuk Islam?
Dan kau terus mendabik dada mengatakan kau hero dalam dakwah
mengecilkan manusia yang ada didepanmu
yang mahu merangkak dan lebih ke depan dalam dakwah
dan membunuh semangat mereka?
Tidakkah kau ini seorang murabbi?
Murabbi itu sentiasa membangun, meningkatkan, terus melajukan
Bukan menghentam, mematikan dan terus menyalahkan..

astaghfirullah..
hargailah jiwa pemuda.. hargailah mereka
santunilah semangat mereka.
mereka bukan untuk dihukum.
bukan untuk ditembak semangat mereka
bukan untuk dilecehkan.
mereka ini pemimpin masa depan.
Mereka akan jadi sangat sangat sangat hebat daripadamu satu masa nanti.
Maka santunilah mereka.
Bimbinglah mereka.
Tak mahukan engkau mendapat pahala jika Islam menang di tangan mereka?
astaghfirullah..
perjalanan kita masih jauh. kemenangan islam begitu juga.
terkadang sikap2 begini dalam dakwah,
sangat menyakitkan, menyedihkan, dan memenatkan daie yang mmg telah sedia kepenatan,.,

Saturday, April 2, 2011

Terus Berdarah..

"Sejak bila kamu merasakan ini adalah tindakan yang betul, akhi?", Aazad memandang ke dalam mata Abbas sahabatnya.
"Sejak bila?", Abbas memandang tepat ke langit.
"Kamu berdiam tidak akan menyelesaikan apa-apa akhi". Abbas mengalih pandangan dari langit kepada Aazad. Menarik nafas dalam-dalam.
"Burung itu di dalam sangkar mereka, tapi kuncinya ada padaku. Aku percaya begitu, wahai Aazad. Dan setiap kali, burung itu minta dibebaskan, dan adakah aku ingin menjadi orang yang zalim untuk tidak berbuat serupa itu?".
"Adakah kamu sudah tetap pendirian?"
"Setelah kamu berazam, maka bertawakallah (Ali Imran 3:159) "
"Jaga akhi,mungkin sahaja kamu memahamnya dengan salah..."
"Dan jika aku memahamnya dengan salah, maka berbahagialah aku dengan kesalahanku"
Sudah dua minggu tiada perkhabaran daripada Abbas. Seusai menunaikan solat Isya', Aazad bermalas-malas di hadapan televisyen. Alat kawalan sudah berada di dalam tangan dan 'beep....' t.v dihidupkan.
Sekarang belum lepas jam 9, jadi hanya siaran berita yang menjadi santapan untuk Aazad. Aazad menatap kosong kaca t.v Berita-berita yang tersiar tidak sedikit menarik minatnya. Aazad berbaring. TV masih dihidupkan. Merenung kipas syiling yang berputar malas-malas.
"Berita tergempar, kami baru mendapat berita yang kediaman rasmi wakil kedutaan Amerika Syarikat telah diceroboh seorang pemuda yang membawa bersama-samanya sejumlah besar bahan letupan.
Menurut pegawai polis yang berada di kawasan kejadian, melaporkan penceroboh itu tidak ingin berunding tetapi hanya mahu satu siaran langsung dari kediaman wakil kedutaan itu mengenai kejadian yang berlaku sekarang disiarkan di setiap kaca televisyen. Walaubagaimanapun, pihak polis masih sedang berusaha"
Aazad terbangun dari baring. Matanya tepat memandang kaca t.v.
"Allahu, Abbas apakah engkau disebalik semua ini?".
Alat kawalan dicapai dan cepat-cepat Aazad menukar ke siaran lain jika ada berita lanjut mengenai kejadian itu. Ditukarnya pantas-pantas. Dia ingin lihat jika ada siaran televisyen yang memaparkan lakaran wajah 'suspek'. Jarinya berhenti memicit punat alat kawalan bila terpandang satu lakaran wajah.
"Ya, Allah, Abbas...". Aazad dengan pantas memakai jaket dan keluar.
"Wahai orang muda! Lebih baik kamu menyerah. Apa yang kamu lakukan adalah sia-sia". Seorang pegawai polis cuba berunding.
Pada masa yang sama dia mengarahkan anak buahnya mengelilingi kawasan kediaman kedutaan dan bertindak menahan 'suspek' jika ada peluang untuk berbuat demikian.
Orang ramai mula meramai sekitar kawasan. Ada pegawai polis cuba menenangkan keadaan. Aazad berhimpit diantara lautan manusia cuba melepasi sekatan pegawai polis. Lautan manusia kian bersesak, pegawai polis yang cuba berunding kian mendesak, Aazad makin hebat berasak lepas dari sekatan.
"Jika kamu ada peluang, lepaskan tembakan kepada suspek tapi jangan sampai membunuh. Suspek akan kita tahan untuk siasatan, mungkin dia ada kaitan dengan mana-mana cawangan penjenayah".
Pegawai polih mengarah anak buahnya terarah.
"Jika kamu ada apa-apa tawaran supaya kami dapat membebaskan tebusan sila nyatakan".
Terus memujuk. Jeda sekejap.
"Saya ulangi, jika kamu ada apa-apa tawaran, kami bersedia mendengarnya".
Semua yang berada di situ menanti. Menanti. Menanti.
"Jika kamu ada apa-apa...".
"Apa ketika anak-anak kecil di bumi yang diperang tentera syaitan Zionis dan Amerika merayu nyawa, rayuan mereka didengar?Apa ketika anak gadis Afgan meminta jangan sampai mereka mengusung zuirat busuk tentera-tentera Zionis dan Amerika, mahkota mereka tidak diusik?
Apa ketika orang-orang tua Iraq meminta kepada tentera-tentera yang dilaknat Allah itu, nyawa mereka tidak dihabisi?".
Satu suara kedengaran dari dalam kediaman. Aazad kenal suara itu. Itu sememangnya tanpa ragu, adalah suara Abbas. Semua terdiam.
"Tapi tindakan kamu ini tidak mewajarkan semua ini. Adakah kerana mereka-mereka itu, orang lain dijadikan sasaran?".
"Apakah anak-anak kecil, gadis-gadis sunti, ibu-ibu dan bapak-bapak, nenek-nenek dan datuk-datuk yang terkorban itu ada mengusik kepentingan atau keegoan Zionis laknatullah dan Amerika-Amerika itu semua?".
"Atas dasar apa kamu mengatakan tindakan kamu ini wajar?".
Nyata pegawai polis itu masih belum mahu mengalah. Masih mencari ruang dan peluang untuk berdamai.
"Tuan, saya tidak tahu sama ada Tuan beragama Islam atau apa kerana sungguh saya tidak melihat Tuan. Dan jika Tuan beragama Islam, saya tidak tahu sama ada Tuan ada membaca Quran atau tidak. Tuan menanyakan saya atas dasar apa saya lakukan semua ini, maka dengarlah ayat ini:-
Perangilah oleh kalian mereka (orang-orang kafir) hingga tidak ada lagi fitnah (kekafiran) sehingga agama ini hanya milik Allah semata. (A-Anfal 8: 39).
Maka atas dasar ini, atas dasar untuk menghentikan fitnah yang dibuat dari tangan-tangan mereka maka perbuatan ini wajar. Jika kalian tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah akan menyeksa kalian dengan seksa yang pedih dan digantinya dengan kaum yang lain(At-Taubah 9: 38-39).
Maka atas dasar takutkan seksa Allah maka tindakan saya ini wajar".
"Sedarlah kamu mungkin tersalah faham mengenai ayat-ayat itu".
"Jika saya yang tersalah faham, berbahagialah saya dengan kesilapan saya kerana ini jalan yang saya yakin. Dan dengan Tuan mengatakan 'mungkin' lebih-lebih meyakinkan saya kerana jelas Tuan sendiri tidak yakin sama ada tindakan menghalang saya ini tindakan yang benar atau tidak".
"Jadi adakah kamu akan puas dengan begini? Adakah kamu sukakan ini?"
"Diwajibkan atas kalian berperang, sementara berperang itu adalah sesuatu yang kalian benci. Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian; boleh jadi pula kalian menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah mengetahui, sedangkan kalian tidak mengetahui (Al-Baqarah 2:216)".
Pegawai polis itu kehilangan kata-kata. Dalam kekalutan, Aazad berjaya melepasi sekatan dan telah berada di sebelah pegawai polis yang cuba memujuk Abbas. Dia menyentuh bahu pegawai polis itu dan membuatnya terkejut.
" Siapa kamu?".
Pertanyaan itu tidak diendahkan, Aazad lantas mengambil pembesar suara dari tangan pegawai polis itu.
"Wahai Abbas, mahukah engkau mendengar perkataanku?".
Pegawai polis itu tersentak. Anak buahnya ada yang cuba menangkap Aazad yang disangka segerombolan dengan 'suspek'. Akan tetapi tindakan itu dihalang. Abbas kenal suara itu, tetapi dia lebih suka berdiam.
"Memang benar orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami (Al-Ankabut 29:69).
Tidak ada sedikit cela dalam ayat itu dan tindakan kamu yang mengikut fahaman kamu. Tahukah kamu ada yang lebih tinggi darjatnya jika kamu lakukan dari apa yang kamu lakukan ini dan nyata ia lebih praktikal dari apa yang kamu cuba lakukan sekarang. Lupakah kamu pada titah baginda.
Jihad yang paling agung adalah kata-kata yang benar yang disampaikan kepada penguasa yang jahat? Nah, jika kamu katakan dan memang semua akui Zionis, Amerika dan para pengampu mereka itu orang-orang yang jahat dan tidak harus dibiarkan hidup supaya fitnah pembunuhan dapat dihentikan.
Tapi bukankah jika kita menentang mereka dengan kata-kata iaitu melalui diplomasi itu lebih elok, dan ingatlah Abbas kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang maka kata-kata itu lebih praktikal untuk 'berperang' dengan mereka".
Semua terdiam. Aazad menunggu jawapan.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (At-Taubah 9: 111)".
Aazad tersenyum. Dia tahu dengan sangat Abbas memang fasih jika berbicara soal tafsir dan hadis.
"Jihad itu terus berjalan sejak aku (Rasulallah) diutus oleh Allah Swt. hingga orang terakhir di antara umatku yang berperang melawan Dajjal. Maka jika kamu membunuh mereka-mereka ini, adakah peperangan akan terus terhenti? Kamu sudah tiada, mungkin kerana terkorban, tetapi peperangan lain akan terus-terusan berjalan".
"Akan ada yang lain yang akan mengikut jejakku insyaAllah ta'ala".
"Jadi adakah kamu berkata kamu melepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain sedang mereka sendiri mungki belum ada niat untuk melakukannya. Bukankah lebih baik kamu sendiri yang melakukannya.
Nah, di sinilah lebih praktikal kata-kata Rasullah iaitu berjihad dan berperang dengan kata-kata. Apa salah kataku, Abbas?".
Sessi memujuk bertukar kepada sessi soal jawab hadis dan tafsir.
Pegawai polis yang tadinya cuba memujuk nyata kagum dengan kepetahan Aazad kerana dia sedar dia tidak mungkin mampu berdebat sefasih itu jika ia melibatkan hadis dan tafsir. Perlahan-lahan dia merasakan perundingan ini akan berjaya.
"Oh Abbas, dengarkan kataku, hentikan tindakan ini. Aku tidak mengatakan kamu salah, malah jika kamu betul,aku sendiri akan mengangkat tanganku dan bersama-sama denganmu.
Dengarkan kataku, apakah kamu lupa jihad itu bukan sekadar mengangkat senjata. Kamu masih punya ibu dan ayah dan membela mereka itu sebesar-besar jihad juga,"
Ada terdengar bisik-bisik dari lautan manusia yang menonton. Ada juga yang terkesan dengan kata-kata Aazad sehingga menitiskan air mata. Suasana sunyi.
Suara siren kereta polis bertimpa-timpa dengan suara-suara orang ramai. Kata-kata itu turut membuatkan Abbas terusik hatinya.
"Apakah aku akan dilepaskan jika aku menyerah?".
Aazad menarik nafas lega kerana merasakan usahanya berhasil. Pegawai polis itu tersenyum lega kerana merasakan namanya akan tercatat di dada akhbar kerana berjaya membenteras 'kepincangan' ini.
"Ya, insyaAllah sesiapa yang berada di atas jalan Allah, maka mereka tidak akan sunyi dari pertolongan-Nya".
Disebalik urusan antara Aazad dan Abbas, secara sembunyi-sembunyi seorang pegawai polis telah berjaya menyelinap masuk ke dalam kawasan kediaman tanpa disedari. Pegawai polis yang berdiri di sebelah Aazad mengambil pembesar suara dari tangan Aazad.
"Ya, benar kata lelaki ini, kamu akan dilepaskan jika didapati tidak bersalah. Dan kami tidak akan mengapa-apakan kamu".
Pegawai polis telah lupa mengenai arahannya untuk menembak Abbas kerana terlalu seronok dengan keputusan 'pemujukan' yang menyebelahinya.
Abbas merasakan ada betul dalam kata-kata Aazad, dia berkira-kira untuk melepakan tebusan dan 'menyelesaikan' jihadnya dengan cara diplomasi. Ketika itu pegawai polis yang berada di dalam kawasan kediaman itu terlanggar pasu dan kehadirannya disedari Abbas.
Pegawai polis itu terperanjat dan secara tidak langsung melepaskan tembakan dan mengenai bahu kiri Abbas. Suasana jadi kelam kabut di luar. Aazad meandang pegawai polis di sebelahnya mengahrap jawapan.
"Allahu Akhbar! Demi Allah mereka ini tidak lebih dari penipu dan penganiaya!" Abbas membaling pasu yang berada di sebelahnya dan tepat mengenai kepala pegawai polis tadi.
"Demi Allah yang nyawaku di dalam tangan-Nya, terimalah korban hamba-Mu ini",
Aazad berlari deras ke arah kawasan kediaman. Pegawai polis tadi memberi arahan kepada anak buahnya untuk bersedia. Abbas memicit punat pengaktif bahan letupan yang berada di dalam tangannya.
Boom!!!
Satu letupan besar kedengaran. Kawasan kediaman wakil kedutaan itu hancurmusnah separuh.
Semua mata terpana. Mata Aazad bergenang. Pandangan menjadi kabur dan perlahan-lahan tampang tubuh Abbas terpapar di tubir mata.
"Burung itu di dalam sangkar mereka, tapi kuncinya ada padaku. Aku percaya begitu, wahai Aazad. Dan setiap kali, burung itu minta dibebaskan, dan adakah aku ingin menjadi orang yang zalim untuk tidak berbuat serupa itu?"
Mata Aazad bergenang.
"Dan jika aku memahamnya dengan salah, maka berbahagialah aku dengan kesalahanku".
Bergenang dengan lebih hebat...
"Berbahagialah sahabat, moga jihad-Mu diterima Allah jika itu yang engkau yakin... Berbahagialah...Allahu...Allahu...Allahu. Teruskah berdarah tangan-tangan dan tubuh-tubuh mereka yang merindui janji-Mu ya Alalh.
Tempatkanlah mereka di jannah tertinggi jika sesungguhnya mereka orang-orang yang benar. Ameen, ameen ya Rabb al-ameen".

source: iluvislam.com