"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" -Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi-

Friday, June 24, 2011

Remaja Berakhlak di Bawah Panji-Panji Nabi Yusuf as.

Assalamualaikum semua..kaifahalukum ?? entry kali ini ana nk kongsikan kpd antum semua tentang remaja..Artikel di bwh dipetik daripada buku "Nota Kepada Diri" karya Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat. Sesungguhnya ia amat-amatlah bermanfaat kpd remaja di luar sana..Rugilah jika peluang membaca artikel ini dilepaskan begitu saja..ayuh sama2 menuju redha ilahi..Gunakanlah masa remaja kita dgn aktiviti2 yg berfaedah. Jgnlah kita leka di dunia yg fana ini dgn hiburn2 yg tiada faedahnya.. Seperti skrg ni ana lihat ramai remaja yg menjadikan artis2 sebagai ikon/idola mereka. Jadikanlah nabi Muhammad saw sebagai ikon kita.. Peringatan ini untk diri ana juga..Sama2 kita bermujahadah untk menjadi remaja mukmin dan berakhlak mulia..Semoga kita mendpt naungan Allah di akhirat kelak.. Amin ya robb..selamat membaca dan selamat beramal..jgn lupa untk sebarkannya..semoga Allah memberkati usaha kita insyaAllah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Masa remaja adalah zaman yang penuh dengan cabaran. Golongan remaja dengan keadaan fizikal yang segar bugar, ketika inilah gelombang syahwat sangat bergelora. Tidak mudah untuk mengawal segala dorongannya, apatah lagi jika kehidupan mereka tidak terikat dengan keimanan dan batas-batas syariat. 


Kesempatan untuk bergaul bebas sentiasa terbuka, lebih-lebih lagi hidup dalam negara dan masyarakat yang tidak melaksanakan hukum dan undang-undang Allah SWT. Budaya maksiat yang sengaja disuburkan melalui pelbagai konsert yang mendorong mereka menjadikan artis sebagai sanjungan dan ikutan, bukan sahaja meruntuhkan akhlak remaja, bahkan menyebabkan mereka menganggap maruah dan kehormatan seolah-olah tidak bernilai. Dengan mudah mereka menyerah kepada seseorang lantaran runtunan hawa hafsu. 


Budaya barat bersalut dengan kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik,  termasuk juga video lucah menjadikan remaja sebagai sasarannya. Dalam suasana yg begitu onar, mungkin terdapat segelintir remaja yang hidup terasuh dalam keluarga yang berteraskan tarbiah islam, mendampingkan diri dengan kelompok yang berpegang teguh dengan ajaran islam. Dengan suasana yang murni itu, mereka memiliki daya tahan daripada ancaman pengaruh mungkar. 


Tidak mudah untuk menjadi seorang remaja mukmin dan berakhlak mulia, lebih-lebih lagi dalam suasana negara dan pemerintahannya mengabaikan peraturan Allah SWT. Dengan pengaruh persekitaran yang lebih menjerumus kepada dunia hiburan yang melampau, hanya remaja yang mendapat taufik dan hidayah Allah SWT serta asuhan dan bimbingan daripada ibu bapa yang berpegang teguh dengan hukum Allah SWT sahaja akan selamat daripada segala bencana itu.



Hanya golongan remaja yang memiliki benteng pertahanan iman,  serta berakhlak yang mulia, merupakan golongan yang telah berjuang sepenuh upaya untuk menjadi remaja yang bermoral tinggi. Allah SWT amat menghargai kesungguhan remaja seperti itu. Oleh sebab itulah apabila mereka tiba di padang Mahsyar, mereka akan disambut dengan segala pujian dan sanjungan daripada para malaikat. Malah kehadirannya akan disambut oleh Allah SWT dengan ucapan "selamat datang wahai para remaja yang baik". 


Demikianlah penghargaan dan balasan Allah SWT terhadap para remaja yang bekerja keras serta bersungguh-sungguh mengawal diri daripada segala pengaruh buruk yang sedang bermaharajalela di sekitar mereka. Berkat kesabaran menahan diri daripada hidup berseronok dan berfoya-foya yang bersifat sementara di dunia ini, mereka akan mendapat keseronokan yang abadi di Akhirat kelak. 


Setelah Allah SWT mengucapkan selamat datang kepada para remaja yang berakhlak mulia itu, lalu diperintahkan para malaikat supaya menempatkan para remaja itu di sebelah kanan. Untuk mereka, disediakan bendera berwarna hijau, lalu Allah Taala menyeru Nabi Yusuf AS untuk menerima bendera tersebut bagi mengetuai para belia yang mukmin, berakhlak, sabar dan mempunyai ilmu pengetahuan. Nabi Yusuf terpilih menjadi ketua para belia yg baik budi pekerti kerana Baginda adalah seorang Nabi yg sangat kacak dan tampan


Ketampanannya menggoda ramai wanita, hingga ada wanita yang tertawan dan cuba menggodanya. Namun, Nabi Yusuf berjaya mengatasi semua halangan dan godaan itu. Ulamak tafsir menyifatkan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia di dunia ini hanyalah separuh daripadanya ada pada Nabi Yusuf AS. Dalam Al-Quran terdapat satu surah khas yang bernama "Surah Yusuf", yang bukan sahaja menceritakan paras rupa Nabi Yusuf yang tampan dan menawan, tetapi juga menceritakan segala kebaikan dan kelebihan Baginda. Alangkah bertuahnya para belia itu kerana mendapat ketua seorang Nabi yang termasyhur, iaitu Nabi Yusuf AS.


Bersesuaian dengan ketabahan dan kekuatan hati Baginda yang berjaya menghadapi fitnah wanita. Maka demikian jugalah para remaja yang berjaya menghadapi segola godaan dan cubaan alam remaja, maka mereka akan bersama-sama Nabi Yusuf di bawah panji-panji hijau di Akhirat kelak. Setelah itu, Allah SWT memuliakan orang-orang yang menjalinkan hubungan baik sesama manusia semata-mata kerana Allah SWT. Mereka berkawan bukan kerana wang ringgit yang selalu diterima atau kerana pertolongannya semasa mendapat kesusahan, tetapi hubungan baiknya hanya atas dorongan hati yang ikhlas. Justeru, mereka mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT kerana sifat yang terpuji itu. Sifat kasih mesra sesama insan itu merupakan benteng penghalang daripada segala persengketaan dan pemusuhan.

Saturday, June 18, 2011

Maksud (dalam BM) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.

Buat renungan bersama.

Masa baca tu, cubalah sebut nama sendiri …. Bukanlah perkara yang  mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.. WALLAHU A’LAAMM.
 
Bismillah hir rah man nir rahim.
 

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
 
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
 
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa  menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
 
Wahai SAYA Binti IBU SAYA , wahai SAYA Binti IBU SAYA , wahai SAYA Binti IBU SAYA , hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
 
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
 
Ingatlah wahai SAYA Binti IBU SAYA , apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
 
Ketahuilah wahai SAYA Binti IBU SAYA , bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: 

Siapakah Tuhan kamu? 

Siapakah Nabi kamu? 

Apakah agama kamu? 

Apakah kiblat kamu? 
 
Siapakah saudara kamu? 

Apakah pegangan iktikad kamu? 

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
 
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:
 
Allah Taala Tuhanku, 

Muhammad nabiku,
 
Islam agamaku,
 
kitab suci Al-Quran ikutanku,
 
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,  mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".
 
Wahai SAYA Binti IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan  yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.


Insaflah wahai SAYA Binti IBU SAYA , bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
 
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
 
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
 
"Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin."
 

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"
 
Firman Allah swt,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan    yang ingat-mengingati dengan kesabaran." …Surah Al-A’sr .

Thursday, June 9, 2011

ANA BENCINTA ANTA




“Geramnya…!,”satu tumbukan dilepaskan Istiqamah di meja makan.

“Is,apa hal balik-balik terus marah ni?Salam tak de,apa tak de…!”,rungut Imtinan serumah dengan Istiqamah.

“Sorrry,sorry...Assalamu’alaikum…”,Istiqamah mengaku kesalahannya dan mengambil tempat di depan televisyen di ruang tamu.

“Wa’alaikumussalam…hah,baru betul wanita solehah.Nama je Istiqamah.”usik Imtinan.

“Ye la tu,Is geram ni Im!..”Istiqamah merebahkan badannya di sofa.

“Kenapa?Cuba cerita kat Im…,”Imtinan cuba memahami kawan serumahnya.

“Tadi..Is geram,geram,geram…sangat…!Ada ke patut si Uwais dan Zulqarnain ambik tempat parking Is…!Ish benci.Lepas parking, pergi buat tak tahu je.Padahal nampak je Is tengah tunggu nak masuk parking tu dulu.Is setiap hari parking kat situ!”luah Istiqamah dengan rasa benci yang membuak-buak.

“Uwais dan Zulqarnain?Macam pernah dengar nama tu.Bukan ke diorang tu kegilaan mahasiswi kita? Is ni pelik la.Takkan sebab tu pun nak benci diorang?Kalau siswi kita,mesti tak kisah.”

“Eeee…tolonglah Im…!Is tengok sesaat pun dah tak tahan ngan diorang.Lagi-lagi si Uwais tu.Macam mana boleh jadi kegilaan...ish!Tak masuk akal langsung…!,”segala rasa bencinya pada Uwais diluahkan.

“Eh,kejap-kejap..ni apahal tiba-tiba benci sangat ni?Im tak pernah tengok Is sebenci ni pada orang?Lagi pula diorang berdua tu kan baik orangnya,mungkin diorang tak perasan Is kot.Husnuzhon la Is…,”Imtinan menasihati.

“Ermm..entah la Im..tak nampak?mungkin..koott…,”Istiqamah masih tidak dapat menerima kenyataan itu.Dia yakin dia betul.

“Dah,dah jangan nak marah-marah dah.Dah solat Asar ke belum ni?,”tanya Imtinan lagak seorang ibu.

“Opss..belum…ok ok.Sekarang juga Im pergi…!,”Istiqamah berlalu dengan senang hati.Lega dapat luahkan segala kemarahan tadi.

***

Di malam hari,usai sahaja solat Isyak.

“Is…buat apa tu?...”,tegur Imtinan dari pintu bilik Istiqamah.

“Im..masuklah…!Ulangkaji sikit ni.,”
Imtinan mengambil tempat di atas katil Istiqamah.

“Wani dan ‘Izzah dah balik?,”tanya Istiqamah.

“Belum..katanya nak pergi library.Buat revision.”jawab Imtinan ringkas.

“Oh…bagusnya.Hah!Baru Is teringat! Sewa rumah bulan ni,termasuk api dan air,Is dah bayar tau.Is guna duit simpanan Is.Im,Wani dan ‘Izzah tak payah bayar.”Keikhlasan terpamer di wajah Istiqamah.

“Apa?Semua?Banyak tu Is…Ya Allah..Is biar betul…!,minyak kereta Is tu lagi.”Imtinan terkejut dengan kenyataan Istiqamah.

“Tak pe lah..sekali-sekala belanja housemate kan.Jika kita mudahkan urusan orang,Allah akan mudahkan uruskan kita.Lagipun Is kan ada kerja part-time.Tak perlu risau la ye…,”

“Ajar ngaji kat rumah Dato’ Khalid je kan?”tanya Imtinan meminta kepastian.

“Itu salah satu,Is ada kerja jaga kedai jugak, depan Petronas tu.Kedai Mak Limah. Hari tu Is first time dapat gaji dari Dato’ Khalid,tahu tak dia nak bagi berapa?,”

“Berapa Is?,”

“RM500,untuk dua kali seminggu Is ajar anak-anak dia.Is tolaklah.Banyak sangat tu.Lagipun Is ajar Iqra’ je setakat ni.”

“Apa???!RM500?MasyaAllah.Duit banyak tak kisah la.Pastu dia bagi berapa sekarang?”

“Dato’ Khalid tanya pendapat Is,Is cakap kalau diberi pilihan,Is nak doa dari Dato’ dan Datin daripada duit,kerana Is sendiri tahu apa yang Is ajar,.Is tak nak,kerana duit,Is ajar anak-anak Dato’ Khalid mengaji.Is tak nak salah niat pulak nanti.Tapi Dato’ Khalid bagi juga duit kat Is,sebagai penghargaan katanya.Tak perlulah Is beritahu berapa ye.”jelas Istiqamah penuh tawadhuk.

“Baiknya kawan Im ni…beruntung sapa dapat Is ni…,Dato’ Khalid tak de anak lelaki ke?”usik Imtinan.

“Ha..!Dah mula la tu.Is pun tak tahu,baru beberapa kali datang rumah dia.”jawab Istiqamah serius.

“Ermm..Is…Im nak tanya ni…Masih marah lagi ke dengan Uwais dan Zulqarnain?,”Imtinan mula bertanya.Itulah tujuannya masuk ke bilik Istiqamah.

“Erm…Zulqarnain…Is ok je..dengan Uwais Is rasa benci.Tak tahu la.Sebab dia yang drive tadi.Rasa geram sangat.huh!,”pantang sebut nama Uwais hati Istiqamah mula membara.Tidak tahu sebab musababnya.

“Oh….hati-hati Is,jangan benci sangat..ingat tak,Rasulullah pernah berpesan:

“Cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya,kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi musuhmu.Dan bencilah musuhmu sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai.”

(Riwayat al-Bukhari,Abu Daud,al-Tirmizi,dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah)

“Hadis sohih tau Is…”tegur Imtinan pada kawannya itu.

“Ye la Im..Is memang tak nak benci dia,tapi Is tak tahu bila tengok muka dia Is meluat.Is tak tahu kenapa.”

“Is jeles tak?Sebab ramai suka dia…,”Imtinan menduga.

“Na’uzubillah min zaalik.Ada ke sampai ke situ.Mengarut la Im ni.”mukanya berkerut.Menolak tekaan yang tidak mungkin terjadi.

“Haha,Is,Is…haih..nak kata datang bulan…baru je boleh solat,nak kata sakit,sihat je,hurmm…apa sebabnya ya..tak pe tak pe,nanti Im siasat ye.Penyiasat Imtinan…hoho…,”Imtinan ketawa kecil dengan gelagatnya sendiri.

“Haha..merepek je Im ni.Is ok je.Tak yahla nak siasat-siasat ni.Bukan dapat buktikan pun.”

“Oh…perlekehkan Penyiasat Imtinan ye.Tak pe..tengok la nanti..huhu,”tekad Imtinan.Dan berlalu ke biliknya.

“Apa-apa jelah Im..,”bisiknya sendiri dan meneruskan ulangkajinya.

***

Keesokannya…

“Haih,sabar Is,sabar..kenapa la aku benci sangat tengok muka si Uwais ni.Huh!,”getus hati kecilnya bilamana terserempak Uwais di depan kelasnya.

“Mujurlah tak sama kelas,kalau tak,sian kat hati aku merana la jawabnya,asyik marah je kat dia ni.,”bisiknya lagi pada diri sendiri.

Istiqamah masuk ke kelas dan mengambil tempat di bahagian tengah.
Tidak lama kemudian,Dr.Azizan masuk dan diikuti beberapa pelajar dari kelas lain.

‘Ya Allah…!Tolong aku..aku tak suka budak tu…,kenapa dia mesti masuk kelas ni???’hatinya mengadu.
“Pelajar-pelajar,hari ni saya kena gabungkan dua kelas kerana saya tidak dapat hadir untuk kelas 
petang ini.Saya terpaksa balik kampung.Ada saudara meninggal.Tak pe ke?,”Dr. Azizan memberi penjelasan dan meminta izin pada pelajar-pelajarnya di kumpulan satu.

“Tak pe…,”serentak pelajar-pelajar kumpulan satu mengiyakan.
Cuma Istiqamah berdiam diri.Mukanya merah.Dahinya berkerut geram.

“Awak yang bertudung putih,Kenapa masam je?Tak setuju ye?,”tegur Dr.Azizan akan Istiqamah yang sedang jauh berkhayal.

“Hei,Is,Dr,tegur tu..!,”cuit Hamidah yang duduk disebelah Istiqamah.

“Ha..!Ermm…ermm..apa Dr.?,”Istiqamah gelabah.

“Amboi…jauh berkhayal…Awak setuju ke saya bagi pelajar group dua join kelas ni hari ni?,”tanya Dr. Azizan sekali lagi.

“Ermm setuuu…ju..,”Hatinya menyambung ‘kecuali Uwais’.Hatinya puas.
Habis sahaja kelas dengan Dr.Azizan,Istiqamah menuju ke masjid untuk mendirikan solat sunat Dhuha.
Usai sahaja solat,Istiqamah bermuhasabah.

“Kenapa dengan aku ni?Benci sangat kat Uwais?Apa dia dah buat?Haih,betul kata Im,cuma masalah parking je,biasala tu.Macam aku tak biasa sebelum ni.Tapi,kenapa bila ada dia,aku jadi marah macam ni?Kenapa?...Haih,hati jelaskan pada aku,lemahnya aku…,”matanya berkaca.

“Baik!Mulai hari ni…!Istiqamah kena ingat jangan benci sape-sape dah termasuk Uwais.Jumpa wat tak tahu je.Hati ingat jangan benci tau.,”Nasihatnya pada diri sendiri.
 
Istiqamah mula melangkah keluar dari perkarangan masjid dan menuju ke lab untuk menggunakan internet.

Ada satu tempat kosong ditengah-tengah antara lelaki dan perempuan di sebelah kiri.Istiqamah berjalan menuju ke sana.Dan duduk sambil memandang sekilas orang di sebelah kanan dan kirinya,mana tahu kenalannya.

Istiqamah tersentak,orang yang dibencinya hampir sekali dengannya.Cuma berada di sebelah kirinya,jika dia bangun tiada lagi tempat di tuju untuk menggunakan internet.Lagi pula,sudah ramai yang menanti giliran di belakang untuk mendapatkan komputer.

“Sabar Is,dia releks je,kenapa Is nak derita.Fokus kat komputer je Is.”pesannya pada diri lagi.Kadang-kadang matanya menjeling melihat Uwais.

“Haih,tenangnya dia.Yang aku ni benci sangat kat dia…kenapa la ngan aku ni…,”rungutnya sendiri.

“Sis,kejap ye,nak keluar…,”sekali lagi Istiqamah tersentak.Kedudukannya tiba-tiba menegak dan matanya dibesarkan sambil memandang ke arah hadapan.

“Dia bercakap dengan aku?..,”Istiqamah terkesima.
Istiqamah menggerakkan sedikit kerusinya ke depan untuk memberi laluan kepada Uwais.

“Jazakillah ya ukhti,”Uwais berterima kasih.

“Baiknya dia…,”Istiqamah tersentuh.Rasa menyesal menerpa.

***

Di rumah Dato’ Khalid…

“Aaa Baa Taa…”,kedengaran suara Puteri dan Aisyah membaca Iqra’ dengan seorang perempuan di ruang tamu.

“Baba,Mama…Along balik malam ni tau.,”Uwais memberitahu ibu bapanya untuk pulang ke kampus malam itu.

“Baiklah,tapi kitab makan lama sama-sama dulu ye.,”pinta Mama Uwais.

“Baik Mama.Erm,Baba,Mama,sape yang ajar angah dan adik baca Iqra’ tu?,”tanya Uwais ingin tahu.

“Lupa pulak Baba nak cakap,Istiqamah nama dia.Dia satu U la dengan along.Along tak kenal ke?Baba lupa nak cakap pasal Along tadi.Mana tahu dia kenal Along.”teka Dato’ Khalid.
Datin Azlina cuma mendengar.

“Oh ye ke,hurmm..macam pernah dengar nama tu.Uwais pun tak pasti Ba…,”

“Tak pe,nanti kita makan sama-sama,tengokla, mana tahu kenal.”cadang Dato’ Khalid.

“Ermm..,”

“Alongggggggggg…..”jerit Puteri dan Aisyah berlari menuju ke arah satu-satunya abang mereka.

“Along,along nak balik dah ke?,”mata Aisyah berkaca.Sedih di tinggalkan abang yang rapat dengannya.

“Lepas makan,janganlah sedih dik,angah kan ada.”jawab Uwais memujuk.

“A’ah angah ada, dan Kak Is pun ada.,”tambah Puteri.
Dato’ Khalid dan Datin Azlina senyum melihat keakraban antara anak-anak mereka.

Tidak lama selepas itu,Istiqamah menyertai keluarga itu di meja makan setelah dijemput.Istiqamah terkejut melihat Uwais di situ, mahu sahaja dia pengsan di situ.Lagi dia benci,lagi dekat Uwais dengannya.

“Oh,ni Istiqamah ye.Nice name.,”puji Uwais tersenyum hormat dan menyuap makanan ke mulutnya.Uwais seperti tidak pernah berjumpa dengan Istiqamah sebelum ini.
Istiqamah tersenyum malu.

“Is,kenal Uwais tak?Dia sekampus dengan Is.,”tanya Dato’ Khalid.

“Ermm..erm..kenaal..,ni ke anak sulung Dato’?”Istiqamah memberanikan diri bertanya.

“A’ah,dialah anak sulung kami.Selama ni dia memang tak balik,sebab duduk asrama,bila free je dia balik.Ni baru balik dah beberapa bulan tak balik.”jelas Datin Azlina.

Istiqamah mengangguk.Uwais menyambung.

“Oh,anti kenal ana ye?Asif ana tak perasan kot.,”balas Uwais ringkas tidak mahu biasa bersembang dengan perempuan ajnabi tanpa urusan penting.

“La ba’s.,”jawab Istiqamah tenang.Perasaan benci makin menghilang.Perasaan malu menguasai.

“Kak Is…akak pun nak balik dah ke?,”tanya Aisyah manja.

“Ye dik,akak ada kelas esok.,”jawab Istiqamah lembut.

“Alaa…akak tidur je lah kat sini,teman adik,adik takut.Along pun nak tinggalkan adik.,”katanya lagi sambil makan peha ayam goreng kegemarannya.

“Adik,Along dan Kak Is kena belajar,kita nak bantu Islam kena pandai.Allah pun suruh.Jadi kami tak boleh lawan.”Uwais mematikan kata-kata adiknya.

“Uih..!kami?huhu peliknya bunyi…macam aku ni isteri dia je...huhu,”Istiqamah bermonolog sendiri.Hatinya rasa tenang bersama keluarga itu,semuanya mengingatkan diri kepada Allah S.W.T.

Dato’ Khalid dan Datin Azlina memandang sesama sendiri dan tersenyum penuh makna.
Tidak lama selepas itu,Uwais dan Istiqamah menuju ke destinasi masing-masing.Uwais pulang ke kampus menaiki motor,manakala Istiqamah menuju ke rumah sewanya dengan kereta Myvinya. 

***

“Is nak gi mana ni?”tanya Wani di suatu pagi Sabtu,melihat Istiqamah asyik mengemas pakaiannya.

“Nak balik.,”jawab Istiqamah sedang ralit meletakkan pakaian dalam beg galasnya.

“Balik Perak ke?,”tanya ‘Izzah pula yang kebetulan lalu di depan bilik Istiqamah.

“A’ah ‘Izzah.Mana lagi kampungku…,masuklah kenapa tercegat kat pintu tu wahai kawan-kawanku…”jemput Istiqamah mesra.

“Aik,ramainya tetamu kat bilik Is.Is nak bagi something ke?,”tanya Imtinan yang pelik melihat semua kawan serumahnya berada dalam bilik Istiqamah.

“Tak de lah,Im ni pantang ada hadiah ye.Pagi ni Is nak balik Perak la.”jelas ‘Izzah.

“Ha?!Ye ke ni?Selalunya bila Im tanya mesti kata,ala cuti nanti boleh balik,Is bukan anak manja nak rindu-rindu ni.Huhu.,”ajuk Imtinan.

“Amboi…mengata nampak.,”Istiqamah tersenyum melihat Imtinan.

“Hehehe tak delah saja je.Kenapa balik Is?,”

“Ada hal sikit.Ummi,abi suruh balik.Doakan Is selamat sampai ya.”jawab Istiqamah ringkas.
Imtinan tersengih.

“Kenapa ni Im?,”tanya Wani pelik dengan gelagat Imtinan.

“Ehem ehem..Is…walimah jangan lupa jemput tau..huhu,”usik Imtinan lagi.Dia seperti dapat menghidu sesuatu.

“Eh ke situ pulak dia.Mula la tu.Penyiasat Imtinan la katakan…”gurau Istiqamah.Mereka semua ketawa melihat Imtinan.

***

“Wani,’Izzah,mana Is?,”tanya Imtinan pada suatu pagi.

“Tadi family dia datang,keluar kot…,”jawab Wani.

“Oooo…,ni korang tak pergi mana-mana ke?,”tanya Imtinan lagi.

“Saya tak,malas.”jawab Wani ringkas.

“Kita pun malas.Baik cuti-cuti ni duk rumah…,kenapa Im nak keluar ke?”tanya ‘Izzah pula.

“A’ah Im nak keluar jap.Nak pi library.,”Imtinan mengakhiri perbualan.

***

Ketika Imtinan berjalan menuju ke Perpustakaan Dar al-Hikmah,dia terserempak Uwais dan Zulqarnain 
berjalan di hadapannya.Dia mula mencari jalan menyiasat penyebab Istiqamah terlalu benci pada Uwais.

‘Macam mana ek?Aku kena buat sesuatu,kalau tak,jatuhlah reputasi aku sebagai Penyiasat Imtinan.Huh..!,’fikirnya sambil berjalan.Matanya tertumpu ke bawah sambil berfikir.

“Eh!,”Zulqarnain menjerit kecil.

“Alamak…sorry,sorry.,”Imtinan terlanggar Zulqarnain di hadapannya.Pipinya mula merona merah.

‘Aduh..malunyaaa…,’Imtinan menerkup muka.Imtinan melihat sekali lagi lelaki yang dilanggarnya,dia mula berdebar-debar.Jiwanya kacau.

‘Dia ni…patut la ramai peminat,dua-dua boleh tahan,tapi Zulqarnain lebih menyerlah bagi aku.,’getus hatinya.

Zulqarnain memaafi.Kemudian Uwais dan Zulqarnain meneruskan perjalanan dan masuk ke Perpustakaan Dar al-Hikmah.

Imtinan masih tercegat di tempat tadi.Dia langsung tidak bergerak.

“Kali pertama aku terserempak ngan diorang depan-depan.Huh!Hampir tergoda.Aduhai,Imtinan,kenapa laju sangat jantung ni berdegup.Jangan-jangan,mamnu’…!Zulqarnain tu ramai peminat,tak yah minat dia,jangan-jangan.”Imtinan menasihati diri.Dia menafikan rasa hati.

Imtinan mula masuk ke dalam perpustakaan.

“Haih..!Gagal misi aku.Macam mana la aku pulak yang kena balik.”Imtinan mengomel sendiri sambil memilih buku-buku yang berkenaan tugasan kerja nya di atas rak untuk dibawa ke meja.Tinggi bukunya melebihi kepalanya.

Bummm!!!

Semua buku yang dipegangnya terlepas kerana terlanggar seseorang.
Semua pelajar dan kakitangan yang berada di dalam perpustakaan itu memandang ke arahnya.

‘Alamak,apa la nasib aku hari ni.Haih!Sapa la langgar aku pulak ni.Buta ke?..!Malu-malu…,’hatinya merungut sambil mengutip buku-buku yang berterabur.

“Maaf-maaf .Ana tak perasan anti nak lalu sini.,”tegur seorang lelaki yang melanggar Imtinan dan menolongnya mengutip buku yang berselerak.
Imtinan memandang sekilas.

‘Hah!Dia ni?Zulqarnain?Bencinya aku tengok dia ni buat kali kedua.Nape lah aku jumpa dia.Aku tak suka dia,aku tak suka dia.’Imtinan cuba melawan kehendak hatinya yang mula memberontak menyukai seseorang lelaki iaitu Zulqarnain.

“It’s ok.”jawab Imtinan malas.Dia cuba mengawal rasa hati yang berkecamuk dan mengambil buku yang dihulurkan Zulqarnain.

“Oh sis yang ta…,”belum sempat Zulqarnain menghabiskan katanya,Imtinan meminta diri.

“Terima kasih.Pergi dulu.,”Imtinan tidak sanggup berada lama bersama lelaki yang membuat jiwanya kacau itu.

Imtinan pulang ke rumah dan menyandar di atas katilnya sambil memeluk bantal.Imtinan mula berfikir.

“Ya Allah..apa dah jadi dengan aku hari ni?.Aku benci orang?Pelik-pelik.Imtinan benci orang yang 
dia jatuh cinta pandang pertama?Macam tak caya je…Imtinan,kau biar betul..,”tanya Imtinan pada dirinya sendiri.

“Benci-benci ni,ingatkan aku pada Is je…,”Imtinan berfikir,dan tidak lama selepas itu dia tersenyum.

“Itu dia…!Hah!Dah dapat! Yes! Aku tahu kenapa!,”hatinya puas.Dia telah menyelesaikan misinya.Lupa segala masalah yang dihadapi pada hari itu.

***

“Korang ada pergi mana-mana tak minggu depan?,”tanya Istiqamah pada ketiga-tiga rakan serumahnya sambil menonton televisyen di ruang tamu.

“Erm..Im tak keluar kot....,”jawab Imtinan ringkas.

“Saya pun tak.”jawab Wani pula.

“Kita tak tahu lagi la Is.Kenapa?,”’Izzah pula bertanya.

“Nah,jemputlah datang.,”Istiqamah menghulurkan kad jemputan perkahwinannya pada mereka bertiga.

“Ha…???!Is nak kahwin?,”serentak Imtinan,Wani dan ‘Izzah bertanya.Mereka terkejut kerana mereka tahu Istiqamah memang tiada teman lelaki dan sangat menjaga diri.Mereka juga tidak mengetahui 
Istiqamah sudah bertunang.

“Bila Is tunang?,”tanya Imtinan masih terkejut.

“Bulan lepas masa Im tegur Is balik tu.Ingatkan Penyiasat Imtinan tahu.,”Istiqamah tersenyum melihat gelagat kawan-kawannya.

“Oh..masa tu…Im dah lupa sebab dah lama.Bila buat persiapan?,”

“Is buat biasa-biasa je.Abi,Ummi yang banyak tolong Is.,”

“Eh,lupa pulak,sapa pasangan yang sangat bertuah tu?,”tanya ‘Izzah sambil membuka kad perkahwinan yang diberi tadi.

“Uwais Hakimi bin Khalid?,macam pernah dengar je?Siswa kita ke?,”tanya ‘Izzah minta kepastian.

“Aaa…pa…?Apa nama tadi?,”pantas Imtinan membuka kad yang diberi Istiqamah tadi.

“Uwais?Uwais yang Is selalu cerita tu ke?Yang Is benci sangat tu ek?,”tanya Imtinan bersemangat.
Istiqamah tersenyum.

“A’ah Izzah siswa kita.Im,a’ah dialah yang Is benci sangat tu.Sebenarnya,dulu Is suka sangat kat dia.Tapi…,”Istiqamah tidak sempat menghabiskan katanya.

“STOP…!!!,”Imtinan menunjukkan isyarat diam pada Istiqamah.Serius mukanya.

‘Izzah,Wani dan Istiqamah terkejut.Mereka menanti tindakan Imtinan seterusnya.

“Im tahu Is.Is suka sangat kat Uwais dulu.Tapi sebab Is tak tahu macam mana nak jaga diri sebab Is dah terjatuh cinta kat dia,Is menolak kehendak hati Is sampaikan Is benci pada Uwais.Walaupun kerana perkara kecil,Is jadi benci sangat-sangat kat Uwais.Dan Is juga tak tahu kenapa Is benci sangat pada Uwais.Rupanya hati Is menolak perasaan suka tu,sampai Is sendiri tak sedar itulah penyebab kenapa perasaan benci tu timbul.Betul tak?,”jelas Imtinan yakin dengan jawapannya.

“Hurmm..hurmm..macam mana Im tahu semua ni?,”Istiqamah hairan.Malu menguasai diri.

“Huhu..rahsia..!,”Imtinan malu menceritakan pengalamannya.

“Wah hebatlah Penyiasat Imtinan..,”puji ‘Izzah.

“A’ah ni baru betul-betul penyiasat.Lain kali boleh kita mintak Penyiasat Imtinan tolong selesaikan masalah kita pulak.,”tambah Wani pula.

“Hehe,no problem…!,”jawab Imtinan bangga.

Imtinan mula mengambil langkah berjaga-jaga.Sedikit demi sedikit,dia cuba menghilangkan rasa benci pada Zulqarnain.Dia cuba menghadapinya dengan tenang dan lebih mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.Segala masalah diadunya pada Allah.Hatinya makin tenang.Tiada lagi rasa benci pada Zulqarnain.Dia campakkan rasa bencinya pada yang berhak,iaitu Israel laknatullah dan semua musuh-musuh Islam.Boikot…!!

***

Pada pagi itu,sahlah perkahwinan di antara Uwais Hakimi bin Khalid dan pasangannya Istiqamah binti Mokhtar.

Selesai sahaja mengerjakan solat sunat pengantin,Istiqamah menyalami suaminya dan berbisik:

“Ana bencinta anta”
Lama mereka bersalaman,membiarkan orang disekeliling menangkap gambar.

“Apa maksudnya?,”tanya Uwais berbisik juga.

“Dulu ana benci anta,tapi sekarang ana cinta anta.”jawab Istiqamah tenang.
Uwais tersenyum bahagia mendengar luahan isteri tercinta.

“Ana juga cinta anti.Anti amanah ana.Akan ana jaga sebaik mungkin kerana Allah.” Uwais mengakhiri kalamnya.

Istiqamah merasa amat bersyukur dengan pasangan yang Allah telah tentukan padanya itu.Dia yakin dengan kemampuan suaminya itu untuk menjaga dia dan anak-anaknya untuk lebih dekat dengan Allah S.W.T.

Dia bertekad,takkan benci atau cinta seseorang itu lebih dari yang sepatutnya.Pengalaman hidupnya telah membuktikan kebenaran kata-kata Rasulullah S.A.W. Pesanan Rasulullah disematkan di hati.

***TAMAT***

source : iluvislam.com

Wednesday, June 8, 2011

Kullu nafsin zaiqotul maut (CERPEN)


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.

Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkaninsan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. 
"Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah.

Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.
Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!"
Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!"

Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. 
Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... 
Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.
Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... 
"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.


"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... 

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *
Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.

Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.
Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah.

(Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

Saturday, June 4, 2011

KELEBIHAN BULAN REJAB


Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Thursday, June 2, 2011

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah


  Di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah, terdapat 7 golongan manusia yang mendapat perlindungan hebat di padang mahsyar.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Wednesday, June 1, 2011

Sharing is Caring..^_^

Rasanya sudah terlampau banyak post mengenai couple ini. Tujuan artikel ini di tulis bukanlah untuk berterusan menghukum atau menegakkan benang yang dah sememangnya basah mahupun kering kerana benang yang basah mahupun kering itu amat sukar di tegakkan. Maka dengan itu janganlah kita berterusan saling menegakkannya.
Pada ketika dan saat artikel ini di tulis, penulis masih lagi berfikir. Bukan berfikir kosong, tetapi berfikir dengan sepenuh hati dan akal. Teruskan membaca artikel ini dan teruskan berfikir.
Pertama sekali, mari kita cuba lihat apa erti atau definisi bagi satu istilah yang kita panggil cinta, couple, etc dari kacamata remaja atau muda mudi zaman ini.

Kita mula dari perspektif yang lebih umum. Ada yang menganggap cinta itu berlaku bila mata bertentang mata. Ada pula yang menganggap cinta itu berlaku bila ada pengisytiharan atau Declaration I LOVE U atau SAYA CINTAKAN AWAK. Ada jugak yang rasa cinta itu bermula bila Saya tau dia suka saya dan dia tau saya suka dia. Itu dah cukup.
Sebenarnya masih ramai yang keliru bila mentafsirkan apa itu cinta. Malahan ada yang tidak tahu bila bermulanya cinta. Ada juga yang cuba menghalalkan cinta menurut agama Islam biarpun berlaku di luar perkahwinan. Malahan tidak keterlaluan jika dinyatakan di sini ada yang menggunakan dawah sebagai Lesen Besar mereka untuk bercinta. Yang ikhwah kata akhwat perlukan bantuan saya, yang akhwat pula kata ikhwah perlukan dorongan dari saya.

Tapi betulkah couple itu haram? Kenapa? Jangan terus menjawab persoalan ini. Teruskan membaca dan berfikir.
Masalah pendefinisian couple atau cinta itu sendiri sudah mengelirukan. Bagaimana individu itu mentafsirkan cinta takkan habis kalau di tanya orang perseorangan. Ini kerana mereka mentafsirkan cinta menurut hati dan kehendak mereka. Ada juga yang cuba menggunakan dalil-dalil dari Al Quran, dan petikan kata-kata ulama muktabar serta kitab-kitab tertentu untuk menghalalkan cinta menurut kehendak dan nafsu mereka.

Susah untuk mencari kata-kata ulama mahupun imam-imam besar tentang dari mana bermulanya cinta ini. Kita ambil contoh yang paling mudah. Kata-kata dari filem-filem melayu zaman P Ramlee dan sebagainya (semestinya mereka tidak tergolong dalam kategori ulama dan imam besar). CINTA ITU MULANYA DARI MATA, DAN TURUNNYA KE HATI. Dari hati terbitnya rasa sayang dan dari rasa sayang perasaan rindu mula menjengah ke segenap ruang diri.
Betulkah ungkapan atau situasi ini? Jangan jawab persoalan ini. Teruskan membaca.

Lihat pula Firman Allah dalam surah yang sama,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.
(Surah An-Nur(24) ayat 30)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya..
(Surah An-Nur(24) ayat 31)

Pertamanya dari kedua-dua ayat ini, Allah SWT memerintahkan kepada kedua-dua lelaki dan wanita yang beriman supaya menahan pandangan dan yang keduanya barulah memelihara kemaluan. Berfikir sejenak, mengapa pandangan yang harus di tahan terlebih dahulu dan bukan kemaluan yang di jaga?

Saya simpulkan secara mudah, KERANA ZINA ITU BERMULA DARI MATA DAN KEMUDIAN TURUN KE HATI! Jadi jagalah pandangan mata dari melihat atau melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.
Kedengaran janggal pula di telingan ayat supaya menjaga mata dari melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya ini. Mata bukanlah boleh melakukan apa-apa. Mata bukanlah seperti anggota lain seperti tangan, kaki dan lain-lain yang memang terang-terangan boleh menjadi organ penzinaan. Fikirkan lagi.

Kami pandai jaga la kalau kami couple pun. Kami tak jumpa langsung. Kadang-kadang kami sms jek, YM dan hantar email. Kata sesetengahnya yang pandai menjaga hubungan couple mereka. Tapi organ apakah yang mereka gunakan untuk membaca sms, YM atau email tersebut kalau bukan MATA.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
Sesungguhnya Allah Taala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.

Lihat pula sabda rasulullah saw di atas yang memperincikan masalah zina. Teliti turutannya. Mata adalah zina terutama yang di beri penekanan. Kemudian barulah di ikuti lidah, hati dan kemaluan.

Baiklah kita hentikan perbincangan mengenai zina. Tak semua orang yang bercouple akan berzina (kononnya). Kita mula pula perbincanagan mengenai sesuatu yang suci katanya. CINTA.

Cinta itu sendiri terlampau subjektif dan terlalu sukar untuk di tafsir. Ia boleh membawa kepada yang maruf jika betul caranya dan juga membawa kepada yang mungkar jika salah caranya. Cinta yang sebenar adalah cinta yang menuruti batas-batas dan tuntutan islam. Dan bila bercakap mengenai cinta yang memenuhi batasan atau tuntutan islam tentulah cinta yang telah sah HALAL di sisi Allah. Cinta selepas AKAD. Cinta adalah HAK mutlak milik Allah SWT. Ia adalah pinjaman dari Allah kepada hambanya untuk di letakkan di tempat yang sewajarnya. Ianya amat indah jika betul dan kena caranya.

Rasa cinta itu perlu di tumpahkan menurut cara yang sebenar. Rasa cinta perlu di letakkan pada yang sepatutnya. Rasa cinta perlu di luah mengikut turutan yang sewajarnya. Apakah turutan yang sewajarnya ini?

Bila kita ketahui cinta ini milik Allah dan pinjaman dariNya kepada kita, tentulah turutan cinta yang pertama adalah cinta kepada Khaliq. Cinta teratas dan cinta teragung. Bila kita bercinta atau bercouple. Rasa cinta itu terlampau mendalam. Rasa rindu sentiasa membuak-buak dan meronta-ronta dalam jiwa. Setiap masa dan ketika kita ingin bersama. Sekiranya tidak mendengar suara pun sudah mencukupi. Dan sekiranya masih tidak mampu, membaca tulisan-tulisannya melalui sms pun sudah memadai. Setiap masa dan ketika kita rasa ragu dengan cinta pasangan. Setiap masa juga kita ingin memastikan cintanya pada kita. Setiap masa kita nak tanya betul ker u suka i ni. betul ker u cinta i ni. Supaya pasti cintanya tidak surut, cintanya tidak pudar seperti pudarnya pesona Cleopatra (novel tulisan Habiburahman).
Tapi dalam masa yang sama pernahkan kita pastikan atau lakukan perkara yang sama pada Allah swt? Bertanya cintaNya pada kita, memastikan supaya kita sentiasa di dalam cintaNya. Dan yakinkah kita meraih cintaNya?
Tinggalkan persoalan ini. Anda fikir.

Klimaknya bagi artikel ini berdasarkan huraian dari awal ialah COUPLE sebelum akad itu TIDAK HARAM kalau anda sanggup membutakan mata anda, hati anda, dan membisukan lidah anda. Betullah kata-kata pujangga, CINTA ITU BUTA!

Dan couple itu haram kalau anda tidak mahu butakan mata, hati dan bisukan lidah anda.
Anda fikir dan anda pilih. HARAM atau TIDAK.