"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" -Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi-

Monday, February 28, 2011

Dosa Yg Terpaksa..

Percaya atau tidak,dalam dunia ini ramai orang yang 'terpaksa' melakukan dosa. Bukan dosa darurat kerana dia sememangnya punyai pilihan samada untuk meninggalkan atau bergelumang dengan dosa itu. Sebaliknya, dia 'terpaksa' dalam erti kata lain, dia tidak mampu menghalang dirinya daripada meninggakan terus maksiat itu.

Inilah masalah yang seringkali terlepas pandang oleh para pendakwah muda khususnya. Orang muda, sifatnya lebih mudah menghukum. Kurang rasionalnya, kurang timbang rasanya.


Bayangkanlah, seseorang yang sudah bertahun-tahun berenak-enak dengan suatu dosa, pasti teramat sukar baginya untuk meninggalkan dosa itu.

Sebagai contoh, seseorang anak muda yang sejak usianya belasan sudah pandai clubbing dan kini sudah 30-an, pasti sukar baginya untuk menghentikan tabiat buruk itu. Makanya, kita tidak boleh menghukum terus sebaliknya kita boleh 'meringankan' dosanya.

Bagaimana?
Jika kita buka surah Yusuf ayat 9 dan 10, kita lihat bagaimana anak-anak Nabi Ya'akob merancang untuk membunuh adik mereka (Nabi Yusuf). Lalu timbul persoalan, anak-anak seorang rasul pun mahu membunuh saudara kandungnya? Ayahnya tidak mendidik merekakah?

Maka jika kita lihat sekali lagi, jelas rancangan asal mereka ialah untuk membunuh tapi bangun seorang yang paling tua dalam kalangan mereka mencadangkan agar Yusuf tidak dibunuh, sebaliknya sekadar dibiarkan di dalam perigi, moga-moga ada orang musafir yang mengutipnya.

Di sini kita memerhatikan dua pengajaran.

Pertama,hasad dan dengki akan membuatkan kita sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan musuh. Demikianlah yang terjadi kepada adik-beradik Nabi Yusuf a.s yang jealous dan cemburu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapa mereka, Nabi Yaakub kepada Nabi Yusuf a.s berbanding dengan orang lain.

Kedua, orang yang ditarbiyyah, jika dia 'terpaksa' melakukan sesuatu dosa kerana sudah dikuasai nafsu dan syaitan dia pasti akan melakukan dosa itu dengan mengambil dosa yang paling sedikit kesannya.

Dalam keadaan masyarakat masa kini,untuk kita lari dan tinggalkan 100% dosa silam, itu adalah sesuatu yang sukar melainkan jika Allah mengkehendakinya begitu. Yang pasti, ramai dalam kalangan kita sudah punya hidayah tapi belum dikurniakan taufik. Ramai yang sudah diberi kesedaran (hidayah) tapi tak ramai yang diberi kekuatan (taufik) untuk melakukan kebaikan seperti yang hati kecilnya mahu.

Ini dibuktikan dengan firman Allah dalam surah al-hujurat ayat 7 bahawa fitrah manusia, tidak kisah sejahat manapun dia, dia cenderung kepada keimanan dan membenci kepada kekufuran dan dosa. Kita boleh tipu orang lain, tapi kita takkan boleh tipu diri kita. Kita mahu mengenal Allah. Kita mahu menjadi pemuda yang dekat dengan masjid. Kita mahu jadi orang yang baik. Tapi kadangkala kita terlalu ego untuk mengaku bahawa kita mahu berubah.

Maka,di situ lah peranan da'ei sebagai penyeru dan bukannya penghukum. Apa yang terjadi, jika kita mudah menghukum orang lain ,maka hati kecil yang nak berubah ini terus tertutup dek kecewa dengan sikap orang-orang berkopiah ini. Apakah ini yang dinamakan jenayah kopiah putih?

Saya faham...
Maka,saya sama sekali tidak pernah menyalahkan mana-mana orang yang bermaksiat. Cuma yang saya marahkan ialah maksiat itu,bukan pelakunya. Saya tahu, untuk mengelakkan maksiat itu bukannya mudah. Kerana itu, para ulama dalam menafsirkan bentuk-bentuk sabar, mereka meletakkan sabar dalam meninggalkan maksiat sebagai sabar yang paling tinggi tarafnya.

Susah nak tinggal kebiasaan jahat kita,tapi ia boleh. Apa yang perlu, ialah azam dan keinginan yang kuat untuk berubah. Jika hari ini kita buat maksiat 5 kali, mungkin minggu depan kita buat 4 kali. Sedikit demi sedikit, kita kurangkan. Terus menerus kita kurangkan dan insyaAllah kita boleh tinggalkan terus! Yakinlah! Dan, jadilah manusia yang bijak yang mengurangkan impak dosa.

Kesimpulan
Saya mahu mengajak anda supaya memasang niat untuk meninggalkan terus maksiat. Saya pasti anda bukan malaikat, tak boleh lari daripada melakukan dosa sama seperti saya juga. Taubat, moga-moga timbul kesal dan insaf. Dan paling penting, jangan sesekali kita berbangga-bangga (heboh-hebohkan) dengan perbuatan dosa itu dan jangan pula kita mengajak orang lain untuk turut sama melakukan dosa.

Saturday, February 26, 2011

Peliknya umat akhir zaman....

Peliknya umat akhir zaman....

Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata.

Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi

Tapi,pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.

Peliknya umat akhir zaman.....
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia

air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis

namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa?

berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?

Peliknya umat akhir zaman...
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih.

jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian.

tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umat akhir zaman......
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano

sedih sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian Idol,

namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.

Peliknya umat akhir zaman......
sanggup bersesak-sesak, berhimpit- himpit dipadang konsert hiburan..

sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan

sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan

meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit saja.

Peliknya umatku....
setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran

tak cukup peringkat kebangsaan.. dibuat peringkat antarabangsa

tapi, dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..

mana rasa tak elok untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya umat akhir zaman......
setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu
setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka,

pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai. .

tak kira jantan b et ina d et ik saat jam 12 ,

saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar.

sedihnya..tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya umatku....
setiap kali ade yg menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.

Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan..


Aku Seorang Mujahidah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong dikala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.
Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.
Sanggupkah aku menjadi ibu seperti Khansa'?
Rela menyerahkan anak-anaknya ke medan pertempuran,
Biarpun darah menjadi penggantinya,
Asalkan syahid menjadi habuan.
Aku pasti akan berusaha menjadi pewaris mereka,
Ayuh, kita bangun bersama,
Wahai para mujahidah!


source:iluvislam.com

Teladanilah Muslimat Islam

Secebis ketabahan Siti Khadijah,
Secangkir keluhuran Siti Fatimah,
Selautan ilmu Siti Aishah,
Sekudus takwa Rabia'tul Adawiyah.

Friday, February 25, 2011

SAHAM AKHIRAT..

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : 

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalamjangka masa dua-tiga minit?


Tiada seorang darisahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidaktahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. 

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. 

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi ituterdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. 

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surahAl-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. 

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikatJibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walamyakullahu kufuwanahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. 

Nota:Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Seperti mana sabda Rasulullah SAW:'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.

Ahlan Wasahlan !!



Assalamualaikum,.. dlm blog nie InsyaAllah ana akan share ape yg ana baca dan jumpa untuk renungan bersama..InsyaAllah..
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI SEGALA
PERJUANGAN KITA...DAN BANTU KITA DALAM PERJUANGAN KITA DALAM
MENEGAKKAN ISLAM DI DUNIA INI....
AMIN.....

SAMPAIKAN WALAUPUN SATU AYAT
Seperti sabda Rasulullah S.A.W :

"Sampaikan dariku walau satu ayat...dan
barangsiapa berdusta keatasku maka siaplah tempatnya di neraka"