"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" -Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi-

Thursday, February 2, 2017

UJIAN & MUJAHADAH

Alhamdulillah thummalhadulillah.. Syukur atas nikmatNya yg memberi peluang kepada diri ini untuk terus bernafas hingga detik ini. Yang hakikatnya merupakan peluang untuk memohon ampun kepadaNya dan membuat sebanyak-banyak amal demi meraih rahmat dan redhaNya.
 Setiap orang di dunia ini pasti diuji. Kerana kehidupan ini hakikatnya adalah ujian. Allah berfirman dalam Surah Al-Mulk:2 , 
 الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ 
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”
Maka setiap orang itu tidak dapat tidak perlu sentiasa mujahadah dalam menghadapi ujian-ujian kehidupan ini. Apabila ditimpa ujian kesenangan , harus bermujahadah untuk bersyukur. Begitu juga sebaliknya , jika ditimpa kesusahan , mujahadahnya adalah bersabar. 
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
" Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.  [Al-Ankabut:69]

Maka mohonlah pada Rabbmu untuk kekal teguh atas jalan mujahadah. Moga Allah kuatkan hati-hati kita semua dalam menghadapi setiap ujian. 
   يا مقلب القلوب ، ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك وعلى جهادك في سبيلك إنك نعم المولى ونعم النصير