"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" -Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi-

Saturday, November 5, 2011

3 Soalan 1 Penampar

Pemuda : Anda siapa dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan :-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya.

2.Apakah yang dinamakan takdir?

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?


Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)

Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Imam : Itulah yang dinamakan takdir.

Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Thursday, November 3, 2011

Janganlah kamu marah.

Suatu hari, datang seorang pemuda kepada Rasulullah SAW dan berkata : Wahai Rasulullah, “berikan aku nasihat”. Rasulullah menjawab, “jangan kamu marah”. Lelaki itu bertanya lagi, “apakah ada lagi nasihat yg lain ? ” Rasulullah SAW menjawab, “jangan kamu marah”. Sekali lagi pemuda itu bertanya. Rasulullah SAW tetap menjawab “jangan kamu marah”.

Andai Rasulullah SAW dahulu marah-marah, benci-benci, maka Iman dan Islam itu tdk akan dirasai manusia hari ini dan perjalanan dakwah itu akan terbantut.

Berjaya untuk sabar adalah ukuran kondisi keimanan seseorang. Sabar tidak bererti kalah. Malah sabar adalah pemenang. Dimenangkan oleh Allah di sisi-Nya.

“Dan Allah itu bersama orang-orang yg sabar” (Surah Al-Baqarah, ayat 249)


Namun, siapakah antara kita yg yakin bahawa Allah SWT itu bersama-samanya pada saat dia diduga? Siapakah antara kita yg yakin bahawa Alah bersama-samanya saat marah diungkit?

Jadi akhirnya, iman kita juga yg membantu kita untuk merasai bahawa Dia ada bersama kita. Siapa yg tdk berasa Allah bersama dengannya ketika dia bersabar ? Siapa yg rasa bahawa kesabarannya itu adalah sia-sia ? Maka, jgn tanya knp diri tdk boleh bersabar.Jangan tengok diri, emosi dan sebagainya. Mari kita tengok dan periksa kembali iman kita. Bila kita tdk mampu bersabar, sebenarnya iman kita ada masalah. Kerana imanlah yg menjadikan kita yakin bahawa Allah SWT bersama kita.

Kita tengok Saidina Ali. Dia tidak memenggal kepala org Yahudi yg meludahnya ketika peperangan, walaupun ketika dia berada di atas org Yahudi itu. Knp? Kerana dia takut, dia membunuh org Yahudi itu bkn kerana Allah, tetapi kerana mengikut nafsu amarah.

Sudah memegang pedang, diludah dan sudah berada di atas musuh, tetapi Saidina Ali tidak meneruskan pancungannya. Malah berkata “aku takut untuk membunuh kamu, hanya kerana aku marah, bukan kerana Allah. Inilah dia org yg beriman. Bagaimana kita ?

Jadi, marilah kita bersabar dengan segala duga. Janganlah kita mudah melenting dengan ujian yg tiba. Yakinlah bahawa Allah bersama kita. Mari kita muhasabah dan betulkan keimanan kita.

Wallahua’lam.

*Rujukan
-Novel Sinergi karya Hilal Asyraf.