"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" -Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi-

Saturday, December 31, 2011

Lepaskan Gari Dunia Dari Jiwa.

Assalamualaikum. Hari ini, saya nk share satu artikel yang diambil dari laman LANGIT ILAHI.
Selamat membaca. ^^  Semoga bermanfaat.





Dalam kehidupan ini, banyak perkara yang memperdaya kita.

Kadang, dengan kebaikan sendiri pun kita boleh terpedaya.

Ya. Kita memang tidak lari daripada kenyataan yang manusia akan terpedaya jika tidak menjaga dirinya.

Kerana kita hidup di atas dunia, bukan lagi syurga. Maka, segala kenikmatan dan kesenangan yang di atas dunia yang bersifat fana ini seringkali memperdaya kita. Majoriti besar manusia terpedaya dengan perangkap-perangkap yang disediakan di atas dunia hinggalah tergari hati-hati mereka daripada berhubung dengan Allah.


KADANG KITA TERLUPA YANG DUNIA INI CUMA SEMENTARA




Kita selalu terlupa bahawa dunia ini bukanlah tempat hidup kita untuk selama-lamanya.
Dunia ini medan menguji cuma. Melihat siapakah di antara hamba-hambaNya
yang terpedaya dan yang benar-benar menjaga dirinya.

Melihat siapakah di antara hamba-hambaNya yang mengorbankan kehidupannya
untuk dunia sehingga melupakan kampung asalnya.

Dunia. Yang mampu diberinya cuma itu sahaja. Tidak lebih daripada itu.
Ia bukan syurga, tempat kita bersenang-lenang dan menikmati segala.

Kadang, ada orang yang begitu bersungguh-sungguh untuk dunianya.

Tetapi, kemudian dia mengabaikan akhiratnya. Dia lupa menyediakan tempat untuknya di syurga.

Di dunia, mungkin dia berusaha sekuat dan semampu mungkin untuk mencari kedudukan  yang baik di  tempat kerja, tetapi kemudian dia lupa akan tempatnya nanti di syurga, maka dia meninggalkan usaha ke sana.
Hidupnya hanya untuk dunia.

Bangun pagi, pergi kerja, malam sudah penat balik tidur. Hari-hari keesokan, diulang perkara yang sama. Kadang, bila rasa tertekan, dicari hiburan-hiburan maksiat untuk menghilangkan rasa tertekan di jiwanya.


KITA ADA KEHIDUPAN YANG KEDUA, YANG KEKAL SELAMANYA

Kadang bila ditanya, “Apa kau nak buat dalam kehidupan ini?”
“Aku nak belajar sungguh-sungguh, lepas tu aku nak kerja. Dapat kerja aku kahwin.”
“Kau tak rasa ‘plain’ kehidupan kau? Membesar, belajar, bekerja, kahwin lepas tu mati. Semua tu macam biasa je.”

Memang kehidupan ini akan ‘plain’, terasa biasa, tidak ada apa keistimewaan kalau kita hidup pun seperti biasa seperti kehidupan orang bukan Islam.

Kita muslim, ada kehidupan yang lebih baik daripada itu, kenapa tidak kita memanfaatkannya?
Kita beriman dengan adanya hari akhirat, tempat perhitungan segala amal kita sewaktu di dunia.
Kita beriman adanya kehidupan kedua untuk kita di sana, kehidupan yang kekal selama-lamanya.
Maka, bagaimana menjadikan hidup ini terasa begitu luar biasa sekali?

Sediakanlah bekalan untuk hari keduamu di sana. Sementara hari pertama kau masih di dunia, berusahalah sedaya mungkin untuk menyiapkan bekal untuk ke sana.



Orang yang luar biasa adalah yang melihat dunia daripada jendela akhirat. Segala tindakannya semua dinilai dengan neraca Allah. Dinilai dengan neraca iman.

Yang menjadikan mereka lebih luar biasa lagi adalah mereka takut untuk bermaksiat ketika tidak ada siapa yang memerhatikan kerana mereka tahu bahawa Yang Menciptakan mereka sentiasa memerhatikan mereka.


DUNIA YANG BERUSAHA MENGGARI, JAGALAH DIRIMU

Telah banyak mata-mata yang dikelabui oleh dunia. Padahal dunia ini tidaklah lebih nilainya berbanding akhirat di sisi Allah.

Bahkan, dunia itu sebagaimana digambarkan dalam sabda Rasul s.a.w. hanyalah umpama ketika kita mencelup jari ke dalam lautan, kemudian kita mengangkat jari kita dan titisan yang tinggal di jari kita cuma itu sahajalah perumpamaan nikmat dunia.

Diriwayatkan dari Mustaurid radhiallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Demi Allah! Perbandingan dunia dengan akhirat adalah seperti seseorang dari kalian yang memasukkah satu jarinya ke laut, hendaknya dia melihat, seperti apa jari itu kembali.” [HR Muslim]

Tetapi, nikmat yang sebanyak itupun sudah memperdaya ramai manusia. Ramai yang memasang gari pada jiwanya dengan dunia. Kalau boleh, dia mahu hidup selama-lamanya di dunia.
Bila jiwa tergari dengan dunia, maka terlepaslah kita dari Allah s.w.t. Saat itu kita dibelenggu dalam rantai-rantai kehinaan.

Lihatlah maksud sabda Nabi s.a.w. yang telah menggambarkan akan kehinaan dunia ini:
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. melihat kepada bangkai anak kambing yang dibuang oleh tuannya, lalu baginda berpaling kepada para sahabatnya dan bersabda: “Adakah kamu melihat betapa hinanya bangkai kambing itu di sisi tuannya, demi Allah dunia ini lebih hina di sisi Allah melebihi kehinaan kambing tersebut di sisi tuannya. Kalaulah nilai dunia ini menyamai nilai sebelah sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi seteguk airpun untuk minum sikafir.”

[HR Tirmizi, Ibn Majah dan Al-Hakim]


PENUTUP : JADI HAMBA KEPADA ALLAH, BUKAN HAMBA KEPADA DUNIA

Dunia ini memang hina, tetapi bukan bermakna kita perlu meninggalkan ia begitu sahaja dan berusaha untuk akhirat sahaja. Tidak.

Yang memilih kehidupan begini juga sudah tersilap besar.

Kita telah hidup di atas dunia, maka kita gunakan dunia sebagai jambatan ke syurga.
Tidak cukup juga kalau hanya sekadar mengeluh dan mengeji tipudaya dunia sedang kita duduk sahaja tidak berusaha mengubah apa-apa yang ada pada diri dan sekeliling kita.
Jadilah seperti Abd Rahman bin Auf. Usahawan berjaya di zaman Rasulullah s.a.w. Dunia pun berjaya, syurga pun jadi miliknya.

Kerna dia tidak sekadar berniaga untuk dirinya, tetapi manfaat daripada perniagaannya disumbangkan untuk orang-orang Islam.

Inilah peribadi yang hebat. Ada dunia, tetapi tidak tertipu dengannya. Dunia sebesar manapun tetap dipegang hanya di tangannya, bukan di hatinya. Kerna iman menjadi paksi hidupnya, maka dunia itu dimanfaatkan untuk hari kedua di sana. Jadilah seperti mereka, hamba kepada Allah dengan sebenarnya, bukan hamba kepada dunia.

p/s :-

* teringat satu hadis, "Bekerjalah kamu seolah kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah kamu  seolah olah kamu akan mati pada esok hari."

*Orang yang luar biasa adalah yang melihat dunia daripada jendela akhirat.
Segala tindakannya semua dinilai dengan neraca Allah. Dinilai dengan neraca iman.

* Esok sudah masuk tahun 2012, semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas ^^
Tahun 2012 juga, saya akan menduduki peperiksaan PMR. Doakan saya dan rakan2 ye !  J

Friday, December 23, 2011

Maaf, aku cuma an-nisa'



Ya Allah ya rabbku..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah itu wanita pertama
Tiada ragu untuk mengucap syahadah
Pengorbanannya bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?


Ya Allah Ya Rahman
Andai baru diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..


Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah pula putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya itulah yang membersihkan luka
Tangannya itulah jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?


Ya Allah,Rabbul Izzati
Saat diri terluka, dendam pula menyapa
Saat disakiti, maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..


Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa dijadikan taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada


Ya Allah,Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti Sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad diri..
Iman sedikit pun takkan rapuh


Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah




Ya Allah..ya Rabbku
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga
Iman.. Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..


Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah


Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..
Ya Rahim..


Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad


Ya Allah..Ya Tuhanku
Mampukah aku kelak menjadi ibu yang berjihad ?
Sedangkan pertanyaan tentang tak tutup aurat pun masih tidak terjawab
Sedangkan tinggalkan solat pun buat tak kisah
Berikan diriku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diriku cuma
An-Nisaa akhir zaman




Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!


Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!


Sesungguhnya Hawa tercipta dari
Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah dan
Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya
Syahadah Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..

Thursday, December 22, 2011

Untuk Memilih Teman...


Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik..
Terbaik dari segala hal..
Duniawi mahupun ukhrawi..
Kelak dirimu bahagia.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik..
Soleh dan solehah..
Mukminin dan mukminat..
Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat..
Bahagia dunia dan akhirat.


Pilihlah yang terbaik..
Baginya dunia hanya sementara..
Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi..
Untuk menuju ke syurga Allah.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik..
Al-Quran jadi panduan hidup..
Sunnah Rasulullah menjadi ikutan..
Moga kekal di dunia hingga ke akhirat.

Source : http://www.ilmi-islam.com

Wednesday, December 14, 2011

KADANG-KADANG


kadang-kadang kita terpakse lepaskan ianye pergi..
walaupun ianye sangat bermakna..

kadang-kadang kita perlu tunduk pade keadaan..
kerana itu pilihan yang terbaek..

kadang-kadang kita terpakse menipu diri sendiri..
kerana hanya itu pilihan yang ada..

tapi percayelah diri..
pasti ada yang lebih baek menanti..
mengalah bukan bermakna kalah...


ya ALLAH, aku mohon padaMu..
berikan aku kekuatan untuk menempuh segalanya..
tiada yang lebih memahami diriku melainkan diriMu..
tiada yang mengetahui apa yang tersirat dihatiku melainkan diriMu..

amin ya rabbal alamin..

Monday, December 12, 2011

Berbicara dgn iblis.


Iblis dan syaitan adalah musuh ketat org beriman. Kedua-dua makhluk Allah ini tidak akan membiarkan orang yg beriman melakukan kebaikan atau ketaatan kpd Allah. Sebaliknya kedua-duanya menyokong serta menghasut manusia supaya berbuat maksiat dan melanggar perinta Allah.

Diriwayatkan, suatu ketika Allah memerintahkan iblis untuk pergi bertemu dengan Nabi Muhammad SAW. Iblis dikehendaki menjawab semua soalan yang ditanya oleh Nabi Muhammad SAW dengan jujur. Iblis menyamar sebagai seorang lelaki tua bertongkat.

“Siapa kamu?” Nabi Muhammad SAW bertanya kpd iblis.

“Aku iblis.” Jawab iblis.

Nabi bertanya lagi. “Untuk apa engkau dtg kemari?”

“Atas perintah Allah bagi menjawab apa sahaja pertanyaan yg kamu ajukan kepadaku.” Jawab iblis.

“Baiklah,” kata Nabi. “Aku ingin tahu, berapa ramaikah musuhmu drpd kalangan umatku?”

Iblis menjawab, “Musuhku drpd kalangan umatmu ada 15 golongan:

1. Engkau sendiri. Engkau adalah musuhku yg paling utama.
2. Pemimpin yg adil.
3. Orang kaya yg tawaduk.
4. Peniaga yg jujur.
5. Orang alim yg solat dgn khusyuk.
6. Orang mukmin yg gemar memberi nasihat.
7. Orang mukmin yg sentiasa memelihara hubungan silaturrahim.
8. Orang yg bertaubat yg kekal dgn taubatnya.
9. Orang yg sentiasa berhati-hati terhadap barang dan perkara yg haram.
10. Orang mukmin yg mengutamakan kesucian.
11. Orang mukmin yg banyak bersedekah.
12. Orang mukmin yg baik akhlaknya.
13. Orang mukmin yg hidupnya memberi manfaat kpd orang lain.
14. Orang yg menghafal al-quran dan mengutamakn serta memelihara hafalannya.
15. Orang yg bersolat mlm ketika orang lain sedang tidur.

Nabi bertanya lagi, “Siapa pula yg menjadi temanmu drpd kalangan umatku? ”
Iblis menjawab, “Teman-temanku drpd kalangan umatmu ada 10 golongan:

1. Hakim yg derhaka dan penguasa yg zalim.
2. Orang kaya yg takbur.
3. Peniaga yg tidak jujur.
4. Peminum arak sdan kaki judi.
5. Penyebar fitnah.
6. Orang yg riak.
7. Orang yg memakan harta anak yatim.
8. Orang yg meremehkan solat.
9. Orang yg tidak mahu mengeluarkan zakat.
10. Orang yg panjang angan-angan tetapi malas berusaha.

“Semua itu menjadi saudaraku,” kata iblis mengakhiri pertemuan dgn Nabi Muhammad SAW.