"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" -Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi-

Saturday, April 30, 2011

Fenomena Korea..!!

Assalamualaikum..ana ambil artikel nie kat satu blog nie.Sape yg rajin tu bace2lah ye..Moga bemanfaat untuk antum semua..~Demi kepentingan ummah..~

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Assalamualaikum!

Dah lama sangat nak tulis something pasal ni.. Cuma selalu teragak2 sebab saya selalu rasa tak layak untuk menulis.. Dosa sendiri pun banyak, apa lagi nak condemn others right? Tapi bila dah jadi pendidik ni (see?! banyak betul enlightened sejak jd cikgu ni.. huhu) Rasanya perlu bincang pasal ni sebab makin lama fenomena ni makin menjadi-jadi.

Its not just affecting budak-budak muda, malah sume peringkat umur, jantina, keje, pendidikan, etc... Students la paling ramai yang kena penyakit ni....Malah pelajar-pelajar skolah agama sendiri.. Malah pelajar-pelajar yang ditadah dengan proses tarbiyah Islam pun terkena 'sakit' yang sama. Ini lah yang menyedihkan.....

Fenomena yang macam mana yang saya maksudkan? Orang Islam kita jadi tergila-gila dengan artis,movie,lagu,pakaian, n even style-style artis korea pun jadi ikutan. Cute la tu konon!

Sangat mengecewakan bila melihat Muslims jadi macam lembu dicucuk hidung. Mana pegi pun dok bincang pasal artis/movie/lagu Korea ni. Agaknya tak sedar kot semua ni perancangan musuh-musuh Islam secara senyap nak meluputkan pendidikan Islam dalam jiwa umat Islam sendiri..

Muslims jadi lebih Korea dari orang Korea sendiri. Hafal sume lagu, nama-nama artis malah sangatlah keen/eager belajar bahasa Korea. Student-student Islam kita pun sama. Suh blaja agama/ akademik tak nak la plak. Banyak alasannya. Tapi kalau hulur bahasa Korea, huh! Better than Korean kooot!

Paaaaling mengecewakan lagi ialah bila Islam yang tinggi ni semakin dicampur adukkan dengan unsur-unsur jahiliyah ni. Kalau tengok dalam facebook atau yg sewaktu dengannya, pemuda pemudi kita ni bukan main lagi tulis status-status yang penuh semangat Islam. Contohnya masa isu Mavi Marmara tu. Statusnya dasyat2 -

'Masyaallah.. wira-wira Islam yang mendambakan syahid...'
'Allahualbar! Nak pegi jugak!! Teringin berjuang bersama....'
'Moga saudara kita di Gaza terus tabah...........'
'Palestin di hati kami......'

Eeeeeeh!!!! Tup tup ada plak terselit selit status pasal benda alah Korea ni....

'Korang2! Tgk lagu baru ni.. Comenyeee!!'
'Faveret aku nih!Kawaaaiiiii....'
'Sarangeeee (apekebende alahnye lagi ntah...)'
'Pakwe aku blakon weeh!'

Diselit jugak ngan klip2 video nyanyian, lakonan yang langsung tidak reflect akidah Islam kita.. Malah benda tu jadi perkara biasa plak yang boleh selesa dibawa berbincang....

Adoi aiiii... (Tepuk dahi) ~~~~~
Korang nampak tak? Nampak tak?
Kat mana prinsip kita sebagai Muslim/Mukmin sebenarnya??

Berjaya tak jahiliyah masuk secara senyap dalam jiwa-jiwa kita?
Bila dah start tergila-gilakan benda alah ni, jiwa kita mesti larut. Rasa suka nak tengok sokmo, rasa terbuai-buai dengan keromantikan, kecomelan, kejambuan depa ni.. Paling irritating bila tengok depa-depa ni buat gaya love guna tangan (sory la ye... ) Sanggup la jugak download/share/cari merata-rata cite2 ni sume. Dok pulun la tiru gaya-gaya benda alah Korea ni. And even murah hati lagi nak offer n share ngan orang lain. Padahal yang Nabi kita ajar ialah suruh sebarkan Ilmu Allah. Am I right?

Kadang tu saya rasa pelik. Mereka yang taksub ni ialah mereka yang skolah agama, maahad, universiti Islam... Dari kecik mengadap pendidik-pendidik tahap ulama' kat skolah... Ini ke yang mereka nak bawak kat dunia luar?? Siannye kat pendidik-pendidik yang mengharap untuk mewariskan ilmu-ilmu dan hasrat murni mereka.... (Harap ada yang faham.....Tak tau nak explain canee)

Saya lihat fenomena ni memang menjejaskan kematangan seorang Muslim. Saya cakap ni bukan maknanya saya baik sangat. Saya sendiri pernah terjerumus ngan benda-benda ni. Alhamdulillah tak sempat larut jauh, disedarkan oleh tanggungjawab-tanggungjawab lain yang lebih besar.

Seriously, memang saya rasa perbezaan jiwa dan kematangan masa terjebak dengan benda alah ni, dan lepas saya sedar, saya terus buang satu per satu.

InsyaAllah, bila ada kesedaran dan azam yang tinggi, kita akan BOLEH berubah. Kena rasa yang kita ada baaaanyak lagi perkara yang perlu diselesaikan. Cari ilmu pun dah satu hal. Nak amalkan ilmu2 tu pun dah satu hal. Itu je pun dah boleh selamatkan kita dan jauhkan diri kita dari benda alah ni. Kalau tak boleh jugak, ingat la yang umat kita ni sedang tenat. Selalu ingat macam tu. So mata hati akan tercelik insyaAllah. Kita akan rasa banyak lagi benda yang perlu diperbetulkan.

Masa yang kita beri untuk mengadap benda-benda alah tu akan kita rasa sangat mahal. Sampai kita akan rasa tak berbaloi langsung untuk dibazirkan pada benda alah ni......

Yang penting kita bersedia untuk sedar dan rasa.......

Saya petik dari 'Fenomena lemah iman'

Aku merasakan adanya kekerasan di dalam hatiku, aku tidak pernah mendapat keni’matan dalam beribadah, aku merasakan bahawa iman di dalam hati ini seakan-akan berada di dalam jurang, aku tidak terpengaruh (terkesan) oleh bacaan Al-Quran dan mengapa mudah sekali aku terjerumus ke dalam kederhakaan?

Jom la kita sama-sama merasakan yang kita kena ada beza dengan orang lain.. Sebab Nabi dah kata Islam akan kembali dagang...dan orang yang dagang ni lah yang beruntung... Sebab kita tak terikut-ikut sdengan arus.. InsyaAllah...


Rasulullah Sallallahu’alihiwasallam bersabda (bermaksud):
"Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang. "
(Hadith Riwayat Muslim )

Lastly, saya penah terbaca yang dajal datang dalam bentuk nyanyian/penyanyi/penghibur dimana ramai manusia yang tertipu dan termakan pujuk rayunya.... Jadi saya terfikir, kalau Allah izin inilah dajal yang dimaksudkan, minta Allah jauhkanlah dari kita semua.

Dah tak ingat terbaca kat mana, kalau ada yang tau, tolong bagi sumbernya ye..

Wallahua'lam. Moga Allah ampunkan kelemahan dan ilmu saya yang kurang ni...

Dan moga Allah terus SAYANG saya, kamu dan kita semua.......

No comments:

Post a Comment