"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" -Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi-

Wednesday, September 21, 2011

KERANA SEHELAI BULU MATA

Hari ini nak post hal yang berkaitan dengan mata. Bulu mata, tapi memang ade kaitannya dengan mata kan? Hmm..nikmat mata yang Allah SWT kurniakan pada kita subhanallah, besarnya nikmat. Dengan adanya mata, kita boleh melihat dunia Allah, alam ciptaan Allah. Kita boleh melihat wajah kedua ibu bapa kita, sahabat² kita. Kerja yang kita lakukan mudah. Perjalanan hidup kita mudah kerana dapat melihat. Jika ditakdirkan kita hidup tanpa Allah kurniakan mata, macamane? Susahkan? Di dunia, Allah kurniakan mata untuk kita. Di akhirat? Maka, peliharalah mata² kita daripada melihat perkara² yang tidak baik. Peliharalah mata² kita dari bakaran api neraka kelak. Allahua'lam.

Golongan yang dilindungi Allah SWT pada hari Kiamat, Rasulullah SAW bersabda: "Seorang yang sentiasa menyebut nama Allah ketika sunyi, lalu menitislah airmata dari kelopaknya"


 
"Setiap mata akan menangis pada hari Kiamat, kecuali mata² yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata² yang berjaga dijalan Allah (iaitu berjihad untuk meninggikan kalimah Allah)"

"Tidak akan masuk neraka siapa yang keluar dari matanya seperti kepala lalat lantaran takut kepada Allah SWT, iaitu terlalu banyak menangis"

"Oleh itu, bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia) dan mereka akan banyak menangis (di akhirat), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan" [At-Taubah:82]

Jadi, hari ni saya nak post satu artikel yang berkaitan dengan sehelai bulu mata supaya kita sama² dapat menilai betapa besarnya nilai mata pada kita walaupun ianya hanya sehelai bulu mata yang pernah menangis takut akan Allah SWT. Jom sama² kita hayati, semoga bermanfaat Insya-Allah.

Tazkirah : Kerana Sehelai Bulu Mata

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. Saya x pernah malakukan perkara itu..." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa ."

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja." Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu....." Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang," disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu" Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium" Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu" Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap" Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas" Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu." "Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat.

Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."

Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata" "Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan." Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga: "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

2 comments: